Saturday, January 4
Snow in Lancaster

Believe it or not, semalam turun snow kat Lancaster! Now, this may not be very surprising to a lot of people, tapi sebenarnya Lancaster ni susah gak nak snow. Sebab kedudukannya di tepi laut (Morecambe is a seaside town, literally), jadi ada gulf stream yang menyebabkan udara agak panas dan kurang sesuai untuk pembentukan snow yang baik. Sebenarnya, untuk membolehkan snow turun, perlu ada balance suhu yang tertentu. Jadi di Lancaster ni jarang la jugak snow yang tebal turun.

Snow semalam pun, takdelah gempak sangat. Halus aje, dan tak lekat pun.. the first few flakes turun dalam jam 8.30pm gitu. Masa tu aku kat rumah Kak Ina dan Abang Ijan, bersama-sama dengan Kak Jaz dan Abang Imie. Dapat SMS dari Abang Amirul - katanya, "Look out of your window". Aku ingatkan apa.. jenguk-jenguk keluar rupanya, snow! Nampak Faheem dan Hakeem, anak-anak Kak Ja dan Abang Wan jerit-jerit.. "It's snowing! It's snowing!" Terasa macam nak je join diorang jerit.. hehhe.


Biasanya di Lancaster, kami cuma dapat tengok snow on the hills macam ni..

By the time Kak Jaz & Abang Imie dropped me off dekat Pendle, around 9.30p.m, snow memang dah tak ada. Tapi sejuknya terasa jugalah. At about 11.30
violet dan Zul datang nak ambil kunci bilik Khalid. Aku turun ke bawah dan kami borak-borak kejap. Sambil Zul buat 'computer consultancy' via mobile phone dia, snow turun! This time the flakes were bigger... and tiba-tiba ramai betul orang lari-lari keluar dari flat aku.. ingatkan apa.. bergambar rupanya! Mostly aku tengok non-European students, jadi mungkin ini kali pertama diorang mengalami snow.

Personally, I am a sucker for snow. Tahun ni, dah masuk tahun ke-6 secara collective aku berada di UK. Tapi every time snow, aku masih jakun. Terasa seolah-olah suatu keajaiban Allah sedang berlaku.. . white, flaky things (no, not dandruff from an NBA basketball player) coming down from the sky - which, in adequate quantities, has the ability to reduce the maturity level of a 25 year old to that of a 5 year old.

Pagi tadi bangun, bukak tingkap.. ada lagi snow.. this time lekat sikit on the ground. Alhamdulillah

posted by Prof_Sadin 1/4/2003 12:10:24 PM// Your Say

. . .
Friday, January 3
Tambah mainan lagi

Pagi tadi aku tekad bangun awal, sebab nak ke bandar. Kononnya nak pergi mencari Logitech Optical Mouse - ada offer murah di Argos; £24.99 turun harga dari £39.99. Terlajak tidur, jam 11.30 baru bangun. Tapi aku tekad, aku tetap nak pergi mencari mouse tu. Aku pun menapak la ke bandar.. mula-mula masuk ke bank sebab nak selesaikan bayaran untuk kad kredit abah. Masuk HMV tengokkan CD U2 yang ada DVD untuk Acat.. £15.99.. hmm. Tak beli dulu sbb manalah tahu dapat lagi murah. Slow-slow aku jalan, sampai la ke Argos. Key in number untuk check stock - erkk.. dah habis!! Tengok yang lain, harga terlalu mahal - £44.99 paling murah. Dah haru dah time tu.. itulah Idlan.. sapa suruh bangun lambat?

Aku keluar dari Argos, usha di Littlewood. Ada, tapi cordless. Tak jadi.. sebab bak kata kawan aku Gijoe, karang tak pasal-pasal jadi mainan budak-budak kecik. Sebab dia ingat kereta mainan ke apa. Aku masuk ke Dixon's, ada yang Packard Bell ajer. Hmmm.. masih kurang berpuas hati. Keluar kedai sana, masuk kedai sini.. memang tak ada yang of reasonable quality.

Untuk mengubat hati yang kecewa, aku masuk ke kedai GAME. Sebab ingat boleh ke angkat game satu dua, mengubat hati yang kecewa. Nak pergi ke Preston, tak sanggup.. takut sia-sia aja £5.45 tapi takde gak kat sana. Sekali tu, dekat kedai GAME tu, jeng jeng jeng.. ada Microsoft Optical Mouse! Yahuu!!! Harga? £24.99.. sama saja dengan Logitech, sedangkan rating aku, Microsoft lagi tinggi sikit. Alhamdulillah, ada rezeki gak aku, nak menggantikan mouse aku yang semakin hampeh di rumah tu.

Sebelah kedai game, ada kedai Andy's Records. Aku check CD yang Acat nak tu - £9.99 ajer! Sekali lagi rezeki, walaupun rezeki Acat bukan rezeki aku.. heheh. Oleh kerana dah syok dengan bargain, aku pun masuk ke Argos - beli headphone dan juga shower curtain. Banyak juga yang murah masa time sale ni, walaupun aku tak berBoxing day hari tu.

Anyway, seperti kata comment ramai, headphone aku besar, ala-ala DJ. Nak tengok? Hehhehe.. ni dia gambar, dari webcam lagi... (alasan nak tempek gambar aku lagi kat web la nie...)


posted by Prof_Sadin 1/3/2003 04:33:05 PM// Your Say

. . .
Thursday, January 2
Mainan baru

Hari ni aku dapat mainan baru - dapat pinjam webcam dari Ana. Dan akhirnya berjaya install kat ofis. Nak tengok gambar-gambar sulung aku? Hehhe.. ni dia.. (hint: letak mouse atas gambar untuk narration)

hmm.. bestnye senyum sorang-sorang aiseh.. kantoi! hampeh sungguh! amik ko...


posted by Prof_Sadin 1/2/2003 11:58:20 AM// Your Say
. . .
Nak demam ke?

Hari ni tak banyak buat benda sangat. Bangun dari tidur pun dah jam 11.30 pagi, sebab untuk malam kedua berturut-turut jam 4 lebih baru terlelap. Terlalu seronok kot; sekian lama duduk sorang-sorang kat sini, bila dah ada geng tocang memang naik dengan maju jayanya. Malam pertama aku dapat last place main gin rummy - malam tadi ada peningkatan sikit; second last gitu.

Anyway today was mostly spent kemas bilik and tengok TV. Mula-mula tengok cerita Pollyanna. Menarik, sebab the premise is about making a difference in someone's life. However insignificant we think our contribution is, it still may be worth the while in the eyes of another.


Lepas tu sambung tengok cerita Billy Elliot. Aku dah lama suka cerita ni. Pertama sekali sebab setting dia, Durham - 1984. Significant bagi cerita ni sebab the Miner's Strike. Significant bagi aku sebab aku duduk di Durham in 1984. Nostalgia bukan main.. dari susunan rumah council housing sampai ke jalan nak ke Newcastle. Keduanya, sebab premis sebenar cerita ni, di sebalik paparan yang digambarkan - seorang anak muda mengejar impian. Pada aku, lebih menarik persoalan pengorbanan seorang bapa dalam cerita tu. Walaupun dia tak faham, walaupun dia kurang arif tentang impian anak dia, dia sanggup cross the picket line masa strike, demi nak cari duit sebab nak support cita-cita anak dia.

Esok, budak-budak ni nak ke Scotland. Aku kena tinggal lagi. Hehehe...

posted by Prof_Sadin 1/2/2003 01:14:23 AM// Your Say

. . .
Tuesday, December 31
Ada Apa dengan Tahun Baru?

Aku sama dengan Poad (refer pada guestbook). Tak biasa sambut tahun baru. Maal Hijrah biasanya aku jadikan titik tolak muhasabah tahun lalu. Bukan lah nak kata aku lebih baik dari orang yang sambut tahun baru - sebab Allah sahaja yang tahu betapa banyak dah dosa yang aku buat dalam hidup yang baru menjangkau 25 tahun lebih ni - tapi dari aspek mana yang aku mampu jalankan hidup secara Islam dalam dunia yang serba sekular ni, aku cuba. Tapi ini cuma pendapat aku; some people would see no harm in celebrating something that has nothing to do with religion (or so they argue); as for me, since ada alternative lain - aku cuba kumpul brownie points kat situ. Lagipun, dalam Islam ada dua chance untuk muhasabah tahun yang lalu - Nisfu Syaaban, bila buku kita diangkat naik; dan Maal Hijrah.

Rakan-rakan dah pulang dari London. Malam tadi aku jamu diorang makan nasi goreng kat flat aku. Diorang bawak card - kami main gin rummy dari jam berapa ntah. Jam 5 pagi baru sorang-sorang beransur pulang. Ada juga yang aku suruh tidur ajer kat flat aku.. senang. Plannya esok (hari ini) nak ke Preston. Berjaya juga projek tu - cuma jam 2 petang baru gerak dari Lancaster; dan kedai dah announce nak tutup baru kami gerak dari kedai. Malam ni projek lepak phase 2. Main kad lagi kot. Cuma tukar port. Malam ni di bilik Ana/Khalid pulak. Makan nasi goreng lagi. Hehehe.. tapi ini malam Ana kena masak.

Lepas gian nampaknya aku - lama sungguh tidak bersosial dengan orang.. heheh.. asyik dengan komputer atau buku saja.

posted by Prof_Sadin 12/31/2002 08:10:09 PM// Your Say

. . .
Monday, December 30
Rancangan Tergendala Sebentar

Tadi, masa aku syok-syok memerah idea menulis kat sini, bunyi yang teramat familiar tapi sangat kurang digemari berkumandang - fire alamr. Alahai.. fire alarm lagi flat aku ni. Teringat aku masa minggu aku mula-mula sampai di sini - dalam masa seminggu yang aku berperang dengan jet lag tu, tiap2 kali aku lelap mata ada aje bunyinye. Pernah satu malam tu, jam 12.30am bunyi gak. Saperlah yang tak terror masak tu.. isk.. sedih sedih.. beratur kami di luar dengan sejuk yang amat, tunggu fireman datang.

Takpelah. Sekurang-kurangnya, keselamatan kami diambil berat di sini. InsyaAllah.

posted by Prof_Sadin 12/30/2002 06:23:16 PM// Your Say

. . .
Better, though not best

Alhamdulillah, malam tadi tidur better than the previous night. Masih terjaga-jaga every hour or two, tapi not in a panic rush, and tak susah nak lelapkan mata balik. Ingatkan, bila dah beribu batu jauhnya, keadaan makin bertambah baik. Tapi kadang-kadang ada juga relapse rupanya. Kena selalu beringat kalau macam ni.

Studies-wise, belum mencapai tahap membanggakan. Buku Corporate Governance Monks & Minows tu masih belum lagi khatam. Lebih kurang 9 hari sahaja tinggal sebelum nak ke London, dan kurang seminggu sebelum nak set appointment berjumpa supervisor. Malam ni Ana, Khalid, Rijal, Mas dan Dy balik ke Lancaster. Cepat sungguh cuti berlalu. Namun hasil usaha belum terpampang lagi. Slow and steady tu betul gak, tapi kadang-kadang slow sangat..

PC kat ofis rupanya boleh voicechat dan webcam. Kalau macam ni, lagilah terabai segala free minutes aku tu. Cuma kat sini aku belum ada webcam ; kat rumah di Malaysia ada tapi diorang bukan nak online ke apa. Aku rasa aku tinggal tu cukup lengkap dah PC kat rumah tu.. siap dengan CD-Writer dan scanner lagi. Tapi nak scan gambar hantar kat aku pun, tak dibuat-buatnya.

Akhir kata, satu lagi lirik lagu aku nak letak kat sini. Tidak ada kena mengena dengan apa-apa yang sedang berlaku dalam hidup aku sekarang, tapi lagu lama, aku jumpa kat Kazaa tadi. Dah defunct rasanya group ni pun. But anyway, here it is. Alone, by Heart.

Alone - Heart
I hear the ticking of the clock
I'm lying here the room's pitch dark
I wonder where you are tonight
No answer on the telephone
And the night goes by so very slow
Oh I hope that it won't end though
Alone

Till now I always got by on my own
I never really cared until I met you
And now it chills me to the bone

How do I get you alone?
How do I get you alone?

You don't know how long I have wanted
To touch your lips and hold you tight
You don't know how long I have waited
And I was going to tell you tonight

But the secret is still my own
And my love for you is still unknown
Alone

Till now I always got by on my own
I never really cared until I met you
And now it chills me to the bone

How do I get you alone
How do I get you alone



posted by Prof_Sadin 12/30/2002 05:28:33 PM// Your Say
. . .
Sunday, December 29
Dah start hujan balik dah

Sepanjang hari ni aku tak keluar lagi dari flat bertuah ni. Cuaca di luar sungguh kurang memberangsangkan. Hujan dan terus hujan. Memang sesuai untuk tidur dan terus tidur. Malam tadi tidur kurang nyenyak.. masih ada orang riuh rendah bersuka-ria jam 5 pagi - mengikut kata flatmate aku, memang budak-budak flat bawah berparty lepas jam 1 pagi tadi. Lepas tu nak tidur kurang senang sungguh.. lelap jaga lelap jaga dalam keadaan memenatkan. Teringat tidur aku zaman trauma dulu; tak ubah. Alhamdulillah, dah masuk jam 6 pagi terlelap juga akhirnya; hajat di hati nak tunggu subuh masuk, tapi subuh masuk jam 6.50. Bangkit juga last-last Subuh jam 8.15am. Bila malam tadi dah kurang senang tidurnya, jadi cuak pulak nak tidur malam ni. Ini semua side-effect kejadian dulu kala. Dah lebih 6 bulan, namun masih belum baik-baik lagi.

Pagi semalam jam 9.30 Kak Ina call. Ajak ke Preston. Katanya Abang Ijan nak gi tengok sale di JJB. Heheh.. kedai kegemaran aku tu. Terus bangkit dari tidur dan mandi cepat-cepat. Dapat jugak aku melihat dunia luar. In the end tak beli apa-apa sangat. Wall planner dan CD ajer.

posted by Prof_Sadin 12/29/2002 10:15:31 PM// Your Say

. . .