Saturday, December 7
Raya sakan

Nampaknya warganegara Lancaster berhari-raya sakan tahun ni. Tak putus-putus dari hari raya pertama open house. Semalam (hari raya kedua) ada open house di rumah Kak Haniz. Aku tak sure nak pergi jam berapa time tu, sebab petang Jumaat ni biasanya aku ada seminar. Tambahan pula semalam, budak-budak AcF211 ada test. Pikir punya pikir, last-last aku decide ponteng ajer seminar tu. Dah dua minggu berturut-turut aku tak pergi seminar hari Jumaat. Sebab dua-dua topic berkenaan dengan finance.

Anyway, rumah Kak Haniz ada makanan mi bandung & tak lupa juga pitta bread dan chicken curry. Cukup enak.. lebih-lebih lagi kari ayamnya. Aku last-last duduk tambah kari dan kentang ajer.. hirup kuah dari makan dengan roti. Mesti tuan rumah pelik kenapa kuahnya yang cepat habis, tapi roti tak luak-luak.

Lepas di rumah Kak Haniz terus aku ke dewan peperiksaan. Juan dah tunggu dah kat depan tu. Lepas sorang, sorang anak-anak Melayu masuk. Penat ajer nampak sorang-sorang.. aku kesian jugak - sure diorang mood nak raya tapi terbantut sedikit sebanyak - tapi takpelah, lepas test sure raya sakan semua tu.

Belah malam raya kedua, aku gi lepak-lepak di budak-budak junior. Terasa macam postgrad kurang sedar diri.. hehhe.. takpe, yang penting, enjoy! Lepak dan borak-borak sakan la jugak, sedar tak sedar dah jam satu pagi. Nak tak nak terpaksa menapak kembali ke Graduate College. Nasib baik la memang Friday night, jadi masih meriah lagi campus dengan orang-orang yang baru balik beryam-seng dekat bandar.

Hari raya ketiga - Sabtu

Hari ni ada dua open house. Satu petang, lagi satu malam. Aku duduk la pikir, aku nak cari time slot macam mana nak ke bandar untuk membeli belah? Cupboard di dapur memang pasrah dan kering kontang. Nak tak nak, menapak aku cari bas ke bandar seawal jam 9 pagi. Tu pun dah ramai orang. Belilah barang sedikit sebanyak; akhirnya berjaya pulang ke bilik before 11.45am. Cepat-cepat sumbat baju raya dalam beg & bergegas ke Fylde: hari ni Man Utd lawan Arsenal. Plannya, tengok bola, lepas tu baru ke open house.

Alhamdulillah, berkat sokongan aku dan Ana yang tak berganjak dari depan TV untuk makan di open house, Man Utd menang menunjukkan persembahan mantap dan menewaskan Arsenal dengan jaringan 2-0. Yang tinggal untuk melengkapkan hari Sabtu yang indah bagi aku ialah kalau Liverpool kalah. Terima kasih kepada Charlton, harapan tersebut pun menjadi kenyataan.

Lepas tu bersolek sakan sebab nak ke open house. Niatnya memang nak bergambar, jadi kenalah glamer sikit. Di rumah Kak Ina / Abang Ijan, makan nasi ayam. Berapa round aku bangun amik nasi dan ayam, aku pun tak ingat. Ada juga percubaan untuk merakamkan kejadian tersebut di videocam, tetapi serangan dapat dipatahkan.

Balik dari Furness, aku rehat-rehat kejap. Sebab jam 7 petang, niatnya nak attack open house Konsortium Bowland pulak. Yang ni memang berjaya aku attack dengan serbuan berkumpulan. Sambil-sambil layan TV, sambil-sambil isi perut. Cukup puas hati!

Overall comments

Secara keselurahannya, memang cukup meriah berhari-raya bersama-sama warga Lancaster tahun ni. Banyak open house, banyak peluang nak beramah mesra dengan semua orang. Pendek kata, kalau cuaca tak terlalu sejuk & kalau family semua ada kat sini - tak ubah macam raya di Malaysia. Yang seksanya satu sahajalah.. nak berbaju kurung dalam sejuk-sejuk dan tiupan angin kencang-kencang bahasa. Tapi raya tetap raya.. kugagahi jua.

posted by Prof_Sadin 12/7/2002 11:00:26 PM// Your Say

. . .
Friday, December 6
Hari Raya Kedua di Lancaster

Perghh.. puas rasa tidur hari ni. Set jam terus for 7.30am bangun solat subuh (skrg ni Subuh kat sini habis jam 8.15am).. tak de dah nak kena bangun jam 5.45am untuk sahur. Well, at least for this week lah. Aku berhajat nak ganti puasa secepat mungkin, nak amik kesempatan sempena hari pendek malam panjang sekarang ni. Alang-alang tu dapat amik berkat puasa 6.

So anyway, pagi ni bangun seronok-seronok, terus minum air dengan penuh rasa kepuasan.. dah mandi siap semua.. bergerak la ke dapur nak berbreakfast. Bukak almari baru perasan yang aku ni tak ada stock breakfast. Dulu sampai-sampai memang dah nak puasa, jadi aku takde lah beli cornflakes ke apa.. tadi dalam almari adalah kentang, serbuk dan rempah, gula, kopi.. roti pun tak ada! Nak buat fish finger sandwich pun; fish finger aku dah habis!

Aiseh, haru haru, aku dok pikir. Nak menapak ke South End Stores nak beli makanan rasa macam tak sanggup; kat luar tu cuaca 7 degress ajer; tak berapa sudi aku nak bergelumang dengan cuaca sejuk pagi-pagi buta nih. Tapi nak kena makan jugak.. aku kalau tak breakfast senang kena sakit kepala (pelik kan, kalau puasa masalah ni terus tak timbul.. tapi kalau tak puasa.. ada ada ajer!).

Aku pun teringat la Lina pernah ada tinggal sekarung food dulu. Geledah-geledah, terjumpa la bubur ikan. Bubur ikan pun bubur ikan lah. Janji rock...

posted by Prof_Sadin 12/6/2002 09:44:29 AM// Your Say

. . .
Thursday, December 5
Suatu Hari di Hari Raya - Hari Raya Pertama

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kawasan Lancaster dan tempat-tempat yang sama waktu dengannya bermula dengan solat sunat Aidilfitri di Masjid University, hanya beberapa minit selepas jam lapan tiga limau.. eh silap.. lapan tiga lima pagi tadi. Pada pagi hari raya tahun ni, aku pakai baju kurung kedah, kaler hijau bunga-bunga pink. Terasa macam nak melawa, so padankanlah dengan tudung kaler pink. Solat sunat berjalan lancar, cuma ada jugak yang terpaksa keluar sebelum khutbah habis sebab ada kelas jam 9 pagi.

Aku cukup sayu dan terharu tengok budak-budak (adik-adik?) yang pergi kelas tadi.. terbayang kalau tu lah zaman aku yang still study, sudah pasti aku ponteng. In fact, kalau tak raya pun aku ponteng gak. Tapi diorang ni bagus.. sedar tanggungjawab sebagai pelajar dan amanah sponsor etc. Tak macam aku dulu. Kurang kesedaran. Aku ni harap belajar ajer tinggi. Work ethic tak seberapa.

Settle solat raya, aku balik bilik kejap amik filem camera, pastu gi bilik Ana. Sempat bersolek 2-3 kerat, then serbu rumah abang Kamarul / kak Ani. Diorang hari ni ada juadah istimewa.. satay! Tak ubah rasa macam raya di Malaysia kalau ada satay. Duduk kat rumah diorang lama la jugak.. borak-borak, amik gambar, layan lagu raya. Anak abang Kamarul ni ada bela hamster. Ginger nama dia. Semalam masa orang takbir kat rumah abang Kamarul, aku ngan violet dok syok tengok anak-anak abang Kamarul bagi makan hamster tu. Siap buat aksi-aksi gymnastic lagi hamster tu. Malangnya dia tidur siang, jadi tadi kami pergi Ginger sedang enak dibuai mimpi.

Tengahari aku balik bilik sat, solat dan siapkan bahan-bahan untuk tutorial. Kemudian terus menerus ke rumah kak Faridah / abang Jasni. Di sini juadah lagi power.. ada soto dan ada begedil. Berapa round aku sental tadi, aku tak ingat dunia dah. Tapi memang sedap giler. Kak Faridah ada biskut dahlia tadi; cukup aku bercinta dengan biskut tu.

Anyway, jam 2, aku tukar baju pakai selebet sikit & pergi ke kelas. Petang ni aku ada 3 sesi tutorial. Tutorial number 2 tulah yang ramai Malaysian students. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan berhari-raya, semua datang. Rijal dengan songkok dan sampingnya, arien-star siap tertinggal disket kat open house mana tah.. siap berbaju raya semua orang. Lepas kelas tu sempat lagi kitorang bergambar. Hajat di hati, nak bergambar pagi tadi kat rumah abang Kamarul. Tapi Jiden dah balik awal study untuk test esok. So tengoklah, weekend ni, kalau ada rezeki, dapat juga aku bergambar dengan anak murid.

Balik kelas tadi ke rumah Kak Faridah sebentar.. tolong dia basuh pinggan. Kiranya sepanjang musim raya ni aku tawarkan diri jadi kuli lelong. Sebab aku takde konsortium untuk buat open house nih. Jadi aku tawarkan diri ajerlah kepada sesiapa yang memerlukan bantuan tambahan.

Jam 7 tadi plak ada kat surau. Yang ni anjuran Islamic Soc. Jadi juadah lebih berbentuk international. Aku makan jugak ala kadar.. cuma kurang sikit pada aku sebab tak ada kari. Aku kalau nak pekena nasi kaler-kaler ni kena ada karinya.

Jadi itulah cerita sehari dalam pengisian perut dan persaudaraan di Lancaster ni. Esok? Esok perjuangan diteruskan, di rumah yang lain pula.. hehheh.

posted by Prof_Sadin 12/5/2002 06:52:31 PM// Your Say

. . .
Selamat Hari Raya

Sah. Memang sah. Hari Jumaat 6 December 2002 adalah hari raya kedua bagi kami di Lancaster, dan kebanyakkan tempat di UK.

Malam ni lepas prepare for tutorial esok, aku ikut budak-budak bertakbir. Dari rumah ke rumah di Lancaster ni, banyak family jugak kami gi. Tak lupa banyak juga perut yang kami isi. Meriah pulak rasanya.. takdelah terlalu blur last-last.

Jadi esok raya. Aku tak mampu nak citer panjang lebar.Banyak nak kena prepare.. hehehhe..

Salam Aidilfitri semua. Maaf zahir batin.

posted by Prof_Sadin 12/5/2002 12:09:06 AM// Your Say

. . .
Wednesday, December 4
Pening, pening

Cerita-cerita pasal test ni memang aku naik pening. Petang semalam baru dapat email dari Andrea, katanya ada lagi student yang testnya clash dengan test AcF211 aku petang Jumaat tu. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Dah lama dah aku bercerita pasal test ni; apa pasal depa tak sound awal-awal? Rasa macam nak bunuh orang ajer pagi ni.. tapi sabar Idlan.. sabar... puasa nih.. bukan selalu dapat puasa.. setahun sebulan saja. Mungkin kalau esok lepas raya aku pi kerjakan diorang.

Pastu tadi datang seorang, tanya boleh tak dia nak buat test hari Isnin ke.. sebab dia tak sempat study. Katanya, ada family problem, takleh nak concentrate. Convenient sungguh alasan - tak ada surat apa, takde ada bukti apa.. mintak aku extend. Nak je aku cakap.. aku pun esok kira tak sempat nak kerja lah.. sebab aku esok nak raya! Terus terkenangkan kawan aku yang terpaksa siapkan assignment, buat test dan sebagainya sambil temankan abah dia yang sakit kronik di hospital pada masa tu. Bukan aku tak simpati pada student tu, tapi hakikatnya, begitulah kehidupan. Life goes on, whether we've stopped the train to get on or not!

Terpikir lah pulak.. aku zaman student dulu jahat sangat ke? Ye kot.. kalau tak zaman univ, sudah pasti zaman sekolah.. sebab tu sekarang ada juga dua-tiga kerat terlebih bijak pandai dalam kelas tu!

posted by Prof_Sadin 12/4/2002 11:08:36 AM// Your Say

. . .
Bila Raya?

Hmmm... believe it or not, kitorang tak sure lagi bila sebenarnya raya. Kalau ikutkan London Central Mosque, hari Khamis. Tapi biasanya di Lancaster kami akan ikut masjid di bandar. Malam nanti baru tahu nih.. kena make sure malam ni tak terlalu anti-social.. kena pandai call sana-sini; kalau tak nanti ada pulak yang tak solat sunat Aidilfitri pagi esok.. seperti mana yang hampir berlaku masa Hari Raya Haji 2001.

Kalau kena hari Khamis memang hilang la segala mood raya - ada 3 tutorial hari tu. Bestnya time-time aku student betul-betul dulu.. ada tak ada tutorial, kalau dah raya, jamin ponteng! Ini.. kalau cikgunya yang ponteng.. hehehhe.. haru haru. Baru ingat nak melaram baju raya. Nampaknya pagi tu bolehlah melaram sekejap, lepas tu petang kena tukar balik.

Tapi bak kata member aku, kalau nak lah sangat raya macam kat Malaysia, siapa suruh pergi belajar jauh-jauh? Nak terasa glamer jadi overseas student, kenalah juga terima hakikat kekurang-glamerannya.

posted by Prof_Sadin 12/4/2002 08:47:52 AM// Your Say

. . .
Syukur

Kat depan aku ada beberapa gambar adik aku Nadia. Mostly yang posed lah; kitorang pegang dia atau letakkan dia duduk in such a way. Except for satu gambar dia tengah tidur. Tulah gambar favourite aku, sebab tiap-tiap hari macam tu lah dia. Tidur ajer kerja dia...

Aku dua tiga hari ni asyik komplen ajer.. kena kerja hari raya lah, tak dapat parcel raya lah... terlupa pulak nak kira perkara-perkara yang patut aku bersyukur. Sesungguhnya aku patut bersyukur sebab:
1. Hari ni aku masih bernafas lagi
2. Aku masih mampu call mak abah aku
3. Aku ada peluang nak sambung belajar
4. Aku dapat hidup dalam suasana aman damai
5. Aku dapat berhari-raya bersama kawan-kawan

Malam ni aku tengok anak-anak murid yang bakal mengambil ujian hari Jumaat ni dah start belajar. Timbul la pulak rasa guilty di hati sebab periksa diorang terlalu dekat dengan raya, kalau tak kena hari raya tu sendiri. Tapi aku tak mampu dah nak anjak... dah lumrah anak rantau, ni semua dugaan. Bak kata pepatah, what doesn't kill you will only make you stronger. Kalau aku anjak minggu depan, dah lah diorang ada coursework, ada pulak beberapa test lain yang diorang kena jawab. Test-test yang lain tu, kalau nak tanya soalan-soalan, boleh gak aku jawab. Test yang ni tak boleh ye.. kena fair kat semua orang dalam kelas tu.

posted by Prof_Sadin 12/4/2002 12:42:07 AM// Your Say

. . .
Tuesday, December 3

What is your mental profile?

brought to you by Quizilla

Ye ke aku introvert?


posted by Prof_Sadin 12/3/2002 08:41:32 PM// Your Say
. . .
Ironic

Baru semalam aku dok layan blues.. pasal "Tetamu datang tetamu pergi Namun tak tiba orang ku nanti". Tadi check mail dapat email selamat hari raya dari dia. Ada telepathy ek?

posted by Prof_Sadin 12/3/2002 02:34:25 PM// Your Say

. . .
PC baru kat Opis

Aku menaip entry blog ni dari PC aku kat opis..PC ni takdelah baru pun.. lama gak actually.. MMX 233 ajer; tapi okaylah. Dalam sedikit masa lagi dapat PC baru, kata department. Bagus jugak ek diorang ni jaga welfare kitorang.. walaupun baru PhD student, tapi dia treat kita macam staff. Sesetengah tempat tu treat staff sendiri macam apa entah.

Semalam, lupa nak cerita.. aku punya Switch card dah dapat.. siap NatWest bagi coklat lagi sebagai tanda maaf sebab kad aku lambat. Aku ni dahlah tak makan coklat.. dah startlah terpikir, kat saper aku nak sedekah cekelat nie.. bagi budak 3rd year.. eleh.. 2 orang ajer, nanti apa kata survey.... tak fair.. budak-budak 2nd year.. karang rasuah la plak.. budak-budak 1st year ramai sangat takut tak cukup cekelat.. last last aku decide nak bawak pergi majlis hari raya nanti.. for sure tak cukup nyer lah untuk semua orang; tapi at least fair.. sekali tengok ingredient.. laa.. ada alcohol la pulak Swiss Chocolate ni. So rasanya last-last aku kena sedekah la jugak dekat housemate aku.. hehehe.

So since semua orang dah lupa kat aku time-time raya ni, aku nak ingatkan diri sendiri pasal raya. Berbekalkan Switch card aku, aku nak gi beli baju raya hari ni. Tak kira.. aku nak raya jugak!

posted by Prof_Sadin 12/3/2002 02:32:22 PM// Your Say

. . .
Monday, December 2
Makin dekat nak raya.. aku makin blur..

Kenapa aku makin blur? Sebab aku doklah tunggu kalau-kalau orang tersayang kat Malaysia tergerak nak hantar kuih raya ke.. dodol ke.. koman-koman pun Ujang Edisi Bumper Raya lah ... kat aku di sini. Kad raya pun takde yang sampai.. tak macam dulu masa aku buat Masters, Ramadhan baru nak intro, macam-macam benda yang sampai, kad raya sampai sorang satu, dari mak abah hinggakanlah ke adik-adik aku. Mungkin salah aku gak; tak bagi / tinggal alamat awal-awal kat diorang. Semalam baru diorang sedar yang yang diorang tak ada pun alamat aku. Ataupun since ni dah masuk 2nd time aku kat sini, most probably diorang pun tahu aku dah takde perasaan dah raya kat mana-mana pun. Aku pun satu, tak reti-reti nak mintak.. hehehe.. control lagi.. tak ke padan muka tu?

Lagipun, tahun ni family aku berhari raya agak sibuk juga.. Nadia's first raya. Duit sure banyak keluar.. dah lah nak datang baru ni aku terpaksa pinjam duit abah sikit buat seed money. Cuma terfikir juga, nak merasa kuih raya dari rumah. Bukannya mak aku buat pun.. rumah kami takde oven.. sah-sah kuih raya beli.. jadi apalah bezanya dengan makan kuih raya orang lain, ye tak?

Nak datang baru ni pun dah dekat nak Ramadhan.. baju raya pun dah siap.. dah bawak naik flight lagi baju-baju raya aku. Nasib baik tak pakai baju raya naik flight ajer.. hehehhe. Lagipun tahun ni umur aku dah masuk 25 tahun. Dah suku abad. Takkan tak pandai lagi bawak diri kat tempat orang? Aku tak kisah pun raya jauh, cuma yang aku dok sedih sebab depa semua takde nak raya ngan aku kat sini.. and aku dok miss gila kat diorang, dok risau gila diorang nak drive balik kampung nie.. diorang tak ingat ke kat aku?

posted by Prof_Sadin 12/2/2002 11:10:38 PM// Your Say

. . .
Walaupun jauh di mata...

Rasanya setakat ni, aku dah recover dah sedikit sebanyak dari kelakuan kurang sesuai bekerja tanpa henti. Aku dah plan sebaik-baiknya dan dah start letak limit on what I should and should not do dalam sehari tu. Macam hari ni, target aku nak siapkan slides for Lecture 19 and revise untuk lecture esok ajer. Any spare time left, aku akan guna untuk perkara-perkara tak berfaedah merehatkan minda. Perjalanan aku jauh lagi.. I don't want to fall too soon.

Anyway semalam borak-borak dengan Ana mencari lagu-lagu raya yang agak berbaur kesedihan, terjumpa lagi satu lagu yang mampu menyentuh perasaan, kalau kena pada orangnya lah - Sepasang Kurung Biru oleh Khairil Johari Johar (persoalan pertama: siapa dia Khairil Johari Johar ni? sesiapa ada jawapan? ke gambar ke? nak jugak aku tahu siapa mamat nih). Lagu ni takdelah direct lagu hari raya yang menceritakan soal kemaafan atau soal kejayaan; sebaliknya cerita dia pasal kerinduan kepada seseorang pada hari raya, dan penantian untuk bertemu orang tersebut yang masih belum berakhir. Lirik dia pun open, takde specify kekasih atau ibu bapa; cuma metaphor yang digunakan sebagai tanda ingatan adalah sepasang kurung biru - mungkin kerana penyanyi adalah lelaki.

Kenapa aku boleh relate kepada lagu ni? Ini semua kes bukak journal lama-lama.. ternampak nama orang tu, ternampak nama orang ni - basically people who have made a difference in my life, good or bad; people with whom things went wrong between them and me (which has left me playing the what-if games neverendingly), people with whom I've just lost touch with and have since not made any effort to get back in touch.. Anyway, dalam ramai-ramai tu, ada seorang dua yang aku nak sangat jumpa sekali lagi, not to dredge up the past or wallow in things that might have been; but to see how we've both moved on and to see how they're getting on. Jadi, dalam konteks tersebut, lagu Sepasang Kurung Biru ni relevant - tertunggu-tunggu orang yang mungkin tidak akan muncul lagi dalam hidup kita.

Apa-apa pun, aku nak kena ke dapur memasak untuk berbuka. Enjoy!

Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku


posted by Prof_Sadin 12/2/2002 02:50:38 PM// Your Say

. . .
Telefon oh Telefon

Malam tadi, dengan bantuan tidur extra 2 jam aku lepas Isya' tu, jam 2.30 pagi baru aku terlelap. Apa aku buat? Hahah.. gayut telefon. Dari jam 12 sampai 2 lebih. Tapi telepon internal lah - dengan orang di universiti ni jugak, jadi tak ada bayaran. Tapi 2 jam tu kira sekejap, rekod aku bergayut di internal telefon ni.. hmm.. 4 jam lebih rasanya, the last time I was here masa buat Masters. Ada sesiapa yang nak membantu aku dalam attempt untuk memecahkah rekod nih?

Dulu masa aku muda-muda kecik-kecik penah terfikir jugak yang apa lah yang diborakkan oleh orang yang boleh duduk sejam dua di pondok telefon tu. Sekarang ada frame of reference - apalah yang aku borak berjam-jam di telefon tu ye? Macam-macam sebenarnya. Tukar topic tiap-tiap 5 minit. Dari cerita install software kepada download lagu kepada hal-hal agama.. mcm ping pong back and forth the topics flowed. Harap-harap tak adalah bab mengumpat semalam; kalau tak sia-sia saja pahala puasa.

Anyway, dah tidur jam 2.30 tu, jam 5.15 bunyi pulak telefon yang bukan internal. Mamai-mamai aku angkat - kalau adik aku mintak duit lagi, maunya nak kena! Bukannya tak nak bagi, bagi punya - cuma tengoklah timing nak telefon pun! Aiseh... Nasib baik bukan dia.. orang dari Malaysia rupanya ucap selamat hari raya. Borak lama juga tapi aku tak ingat borak pasal apa; harap-harap tak ada rahsia kerajaan Malaysia terbocor.

So, project sleep in pagi ni cancel. Tunggu weekend depan la nampaknya... *sigh*

posted by Prof_Sadin 12/2/2002 09:14:08 AM// Your Say

. . .
Qadha' Tidur

Tadi lepas solat Isya' aku terbaring atas katil.. terus tidur. Elok ajer terlelap, sedar-sedar dah jam 7.30 pm. Mamai tu boleh tahan la jugak.. dengan tekak kering etc. Maklumlah, tertidur bukan pada masanya. Nak tak nak kena buat kerja, tapi tengok komputer pun macam tak compute ajer otak aku.. last-last tepon supplier sos cili cakap aku nak gi angkat sekarang juga.. kurang-kurangnya boleh berjalan dalam angin Lancaster yang bertiup tegar-tegar bahasa nih.

Alhamdulillah angin dan hujan Lancaster berjaya menyedarkan aku dari mamai.. hehehe. Siap pun target kerja aku malam ni. Sekarang tak nak tidur lah pulak jadinya.

Oh ya, spec aku yang lama dah mengucapkan selamat tinggal kepada khidmatnya untuk aku. Spec lain dah takde; nak tak nak terpaksa pakai specs spare yang powernya tak seberapa hebat.. jadi kalau anak murid tidur pun esok rasanya cikgu tak nampak kot!

posted by Prof_Sadin 12/2/2002 12:35:32 AM// Your Say

. . .
Sunday, December 1
Typical Lancaster Weather Hari ini birthday Nadia

Pagi tadi tak cerah tanah lagi aku dah menapak ke Popeye's sebab berjanji akan bertemu di situ untuk ke carboot sale. Mata aku barang-barang boleh buka ajer masa time aku bangun tidur - 6.30 pagi. Padahal aku tidur awal malam tadi - siap juga kerja aku tu before 12.30 tengah malam. Takkan 6 jam tidur tak cukup? Kenapa masih penat? Hmm.. ni mesti aku kena berguru dengan tulippetal bab-bab tidur ni. Tak pun mana-mana penghuni penthouse bardsea tu musti expert punya..

Anyway hari ni aku perasan macho. Masih terbayang macam aku kat Malaysia kot.. keluar rumah tadi pakai t-shirt dua lapis ngan sweater ajer. Tak lupa glove.. tahu tangan sejuk tapi badan sejuk tak pikir. Hari ni pulak hujan, lagi la bertambah sejuk. Tapi dah jalan sekerat baru macam tersedar yang sejuk rupanya aku nih. Lambat sikit compute otak aku. Since aku janji dengan member-member jam 7.30 pagi, dan dah macam terlewat dah time tu.. aku terus ajerlah jalan.. sejuk Allah saja tahu.. itulah, bijak sangat. Atau mungkin mamai. Tapi kesimpulan ceritanya, aku sejuk.

Anyway pergi carboot, dapatlah apa yang aku cari - baju sebenarnya. Aku ni kekurangan betul baju.. datang baru ni hampir sehelai sepinggang. T-shirt banyaklah.. baju sweater kurang yang amat, sebab limited berat yang boleh dibawa. Ikutkan memang nak bawak baju sejuk ajer, tapi bila orang datang rumah bawak itu-ini untuk kita; takkan nak tinggal kat Malaysia? Kena juga respect orang tua. Jadi akibatnya inilah.

On the way back tu, kawan-kawan aku singgah carboot Lancaster. Aku tunggu dalam kereta, kononnya nak dengar Man Utd lawan Liverpool Sambil rehat-rehat, lunjur kaki, tutup mata.. terus zzzzzzzz... kronik jugak kes aku nih. Malam ni aku nak siapkan sebanyak mungkin kerja yang termampu, lepas tu esok aku nak sleep in lah. Appointment dengan Otley pun dah ganjak ke Selasa. Bolehlah aku membuta sepuas-puasnya.

Beberapa berita menarik.. khabarnya orang yang nak gantikan Dato' Jamaluddin Jarjis sebagai chairman TNB dah ada. Aku tahu dah pun saper secara inside information, tapi oleh kerana Mahathir pun tak announce lagi, aku takkan sebut lah dulu. Mesti Dr. M nak tunggu timing sesuai dari segi share price untuk buat announcement tu. Jadi di sini aku abadikan kenangan aku 'bergambar' ataupun 'ter' gambar dengan Dato' tercinta...


Berita kedua yang menarik, Man Utd kalahkan Liverpool 2-1 di Anfield. Cayalah! Aku impressed giler dengan result nih. Sebab Liverpool suatu pasukan yang sedang gah naik sekarang ni, sedangkan Man Utd ku mengalami zaman sedikit kemalapan. Diego Forlan, striker hensem muda yang sebelum ini mengalami sedikit masalah dalam mencari goal, nampaknya sudah berjaya mengembalikan sentuhan berbisa beliau yang dimilikinya ketika bersama Independiente. Amacam - boleh ganti Zainal Abidin Rawop tak?

Akhir kata, tadi aku baca blog violet pasal journal-journal lama dia. Jengah-jengah dalam laci, terjumpa juga journal buku aku zaman-zaman aku university dulu. Aku bawak banyak juga journal aku ke mari sebab takut orang terjumpa dan terbaca yang tak patut dibaca. Sebab tu kot tak muat beg nak letak baju. Aku baca-baca balik, nampaklah sedikit perkembangan kematangan fikiran (at least, I'd hope to think so!). Cuma tulisan ajer tak berubah dari dulu hingga ke sekarang. Dan dalam journal tu aku perasan, aku tak pernah sebut pun pasal cita-cita nak buat Masters/PhD. Bersyukur yang amat aku berjaya berada di sini sekarang. Alhamdulillah.

posted by Prof_Sadin 12/1/2002 04:56:40 PM// Your Say

. . .