Friday, December 27
Selamat Pengantin Baru (yang dah lama sikit)

Aku, Eta dan Pong sama-sama masuk sekolah masa 1990, sama-sama amik SRP tahun 1992, sama-sama amik SPM tahun 1994; dan ditakdirkan sama-sama masuk university pada 1995. Juga sama-sama graduate pada 1999. Dekat nak 10 tahun belajar bersama. Pendek kata dah kenal masak dengan each other. Skandal tak skandal, jatuh cinta, putus cinta dan sambung cinta balik, ups, downs, merry-go-rounds; semua ada dalam sejarah kitorang kawan. Sayangnya, dah grad, masing-masing bawak diri dan tak keep in close contact macam dulu.

Ahad ni Eta naik pelamin. Akadnya dah sudah raya lepas, cuma majlisnya belum. Terkilan jugak aku tak dapat pergi ke Tongkang Pechah (Poskod: 83050 Batu Pahat) nak tengok dia bersanding. Banyak jugak wedding aku miss semenjak dua menjak berhijrah tak rasmi ke tempat orang ni. Dalam ramai-ramai kawan-kawan aku, 8 orang dah kahwin. Dalam pada tu, tiga orang dah ada anak, dan lagi empat dah expecting. Sorang lagi bina masjid bulan 4 tahun depan. Tinggal aku, Liz dan Pong aje tak setel account lagi. Tu pun diorang semua dah ada committed relationship; aku ajer yang committed to my work.


Aku, Izie dan Eta
Circa 1996, Mines Wonderland Bowling

Bukan aku tak tergerak nak contact Eta ataupun Pong. Malahan, number diorang masih ada dalam speed-dial memory aku, walaupun dah bertahun aku tak dial number tu. Tapi entahlah.. bila dah kalut dan taksub dengan hidup masing-masing, ada beberapa element yang aku terabaikan. Rindu sebenarnya aku pada diorang. 10 tahun belajar bersama-sama tu bukan suatu jangka masa yang singkat. Aku ingat, yang last sekali kitorang enjoy betul-betul as kawan-kawan ramai-ramai, masa lepas grad. Gi Port Dickson semalam ke dua, aku tak ingat. Lepas tu semua orang ambil haluan masing-masing. Nini, Fariz dan Deb dan bergelar ibu. Ina, Baya dan Ida tunggu masa. Izie dan Zureen pun dah jadi isteri orang. Lin - bulan 4 tahun depan majlisnya. Dah lama kita tak reunion ye?

Apa-apa pun, selamat pengantin baru Eta. Kebarangkalian kau baca jernel ni tipis, tapi saje nak cakap. Hehhe.. for old time's sake.

posted by Prof_Sadin 12/27/2002 10:52:35 PM// Your Say

. . .
Post Xmas Sale

Aku menjengah ke bandar tadi. Tengok-tengok apa rupa sale kat Lancaster, sambil amik tiket untuk ke London di railway station dan bayar beberapa perkara sepertimana pesanan abah. Banyak kedai dah dibuka hari ni, dan banyak juga kedai yang jelas dan nyata tertempek frasa 'Sale' di tingkapnya. Aku ada juga hasrat nak tengok harga beberapa perkara - antaranya duvet cover dan sepasang trainers jalan-jalan. Bukan nak beli terus, saja nak tengok berapa less diberi masa Sale nih. Takut-takut ada tactic macam pernah aku lihat di Malaysia.. harga biasa: RM36, seminggu sebelum sale dinaikkan ke RM50, kemudian dijual dengan 30% off, jadi harga semasa sale adalah RM35.

Ingat nak masuk BHS, Littlewoods dan JJB. Tak berapa kesampaian. Orang berpusu-pusu ke sana ke mari, rimas nak bergerak. Di luar kedai Next masih ada lagi yang beratur; sedangkan sebenarnya Next sale tu bermula dari jam 6 pagi tadi. Khabarnya, ada juga warga Melayu kita yang beratur dari jam 5 pagi tadi. Aku rasa, aku kalau ongkosnya ada, memang join jugak kot. Nasib baik kekurangan sumber kewangan.

Akhirnya aku membeli benda-benda wajib ajer.. yang memang dah ada dalam list barang runcit aku. Kurang sesuai lah aku nak berasak-asak dalam suasana sale ni. Maybe aku patut pergi weekdays, dengan harapan sudah reda sikit manusia. Cuma yang khuatirnya, takut sale pun dah reda!

posted by Prof_Sadin 12/27/2002 10:10:32 PM// Your Say

. . .
Kekeringan Idea

Oleh kerana terlalu banyak perkara membosankan yang berlaku dalam hidup aku minggu ni, maka aku pun kekeringan idea tentang apa nak menggoreng kat sini. Tapi to make good of my promise to write in my web journal sekerap mungkin, aku menconteng jugalah. Mungkin hari ni boleh aku bercerita sedikit sebanyak tentang ilmu / pengetahuan dan tanggungjawab.

Masa aku sekolah-sekolah dulu, selalu orang mengutuk bercerita tentang pelajar-pelajar yang kedekut ilmu. Dia ada ilmu, tapi kurang berminat menjalankan tanggunjawabnya berkongsi ilmu tersebut. Bila dah pandai tentang sesuatu, sangat amatlah berat hati nak sebarkan ilmu tu pada orang lain. Biasanya perkara ni akan jadi lebih heboh apabila seorang atau sekumpulan pelajar mengetahui sesuatu perihal ujian atau kuiz; tapi tak dikhabarkan kepada pelajar-pelajar lain. Ataupun, frasa ini selalu direfer kepada pelajar-pelajar (biasanya scorer) yang tidak mahu memberi kami (lesser mortals) xerox homework diorang, especially maths dan add maths. Ikutkan, kami sebenarnya yang salah.. nak hidup free rider ajer.. homework nak siap tapi tak nak usaha sendiri. Alhamdulillah, gejala plagiarism tu aku tak bawak ke universiti dan seterusnya.

Kadang-kadang kita juga akan stumble upon something - daripada tak tahu jadi 'ter'tahu. Mungkin apa yang kita tertahu tu tak tergolong dalam definisi ilmu, tapi lebih sesuai kita kata, pengetahuan. Dan kadang-kadang apa yang kita tertahu ni mungkin kurang menyenangkan kita, tetapi tetap menjadi tanggungjawab untuk kita bertindak.

Ada juga sesetengah pengetahuan tidak elok kita sebarkan. Terutama sekali kalau pengetahuan itu berkait dengan keaiban orang lain. Tapi yang anehnya, inilah pengetahuan yang paling cepat kita sebarkan. Jelas di situ syaitan at play, dan berapa kali dah kita sendiri terperangkap dengan cara ini?

posted by Prof_Sadin 12/27/2002 12:15:27 PM// Your Say

. . .
Thursday, December 26
Xmas tak Xmas

Tahun ni cuti Xmas aku decide nak lepak kat Lancaster. Masa buat Masters dulu, aku merantau ke Manchester. Sebab masa tu Hari Raya selang sehari dengan Xmas. In fact masa buat Masters dulu memang jarang duduk di Lancaster kalau cuti panjang. Easter break aku ke Glasgow dan Durham, lepak dengan makcik aku yang kebetulannya ada conference di Univ. of Strathclyde masa tu. Kami turun ke Durham sebab semasa aku dan family duduk kat Durham dulu, makcik aku pun ada sama buat Masters dia dulu. Jadi melawat balik tempat lama la kiranya.

Anyway, tahun ni cuti Xmas aku tak buat apa - duduk vegetate depan tv tengok macam-macam rancangan. Nak baca buku pun kurang mood. Mati akal juga kalau di sini.. public transport semua tak ada on 25 & 26 December. Nak ber-Boxing Day sale pun tak kesampaian.. khabarnya di London pun 75% kedai belum dibuka. Superdrug adalah buka.. tapi nak shopping apa pulak kat situ? Aku pun hajatnya, 27 December (i.e. esok) nak juga turun ke bandar melihat apa yang ada. Duit kurang ada.. kalau ada membeli belah pun mungkin mainan untuk Nadia sedikit sebanyak. Lagipun esok dah ada bus service.

Semalam lepak rumah Kak Ina& Abang Ijan di Furness.. sambil tengok TV dan borak-borak. Sedar tak sedar dah lewat malam, bila balik layan lagi seround tengok TV. Entah jam berapa terlelap, terjaga sekali nak offkan lampu dalam bilik. Sedar-sedar seterusnya, alarm bunyi, dah jam 8 pagi. Bangun solat subuh.. kemudian fikir juga.. nak tidur balik ke nak buat apa. Last-last mengalah, tidur ajer. Sedar-sedar dah 11.40 pagi. Fuhhh.. macam tak ingat tidurnya!

Semenjak dua menjak ni, dah berapa hari aku tak nampak matahari kat sini. Mendung, mendung dan terus mendung.. hujan, hujan dan terus hujan. Kata mat salleh, inilah dia winter blues. Aku takde rasa blues sangat. Maklumlah, better berhujan bermendung di sini dari berpanas bermatahari di Muadzam Shah, which is where I would be right now if I weren't here! The only place yang aku prefer to be rather than here is rumah mak abah aku di Bangi tu, and kalau aku kat Malaysia for sure hasrat tu tak kesampaian. Jadi better here than nowhere .. hehehheh.

posted by Prof_Sadin 12/26/2002 02:41:32 PM// Your Say

. . .
Tuesday, December 24
Dah ada dryer!

Sehari dua ni takde benda menarik sangat yang berlaku. Aku dah mula buat kerja balik, walaupun kurang motivasi tapi tetap ada juga saki-baki semangat yang membolehkan juga aku study. Kadang-kadang aku ni perlu kena marah atau kena tegur baru nak study; kadang-kadang motivasi tu datang sendiri. Tapi hakikatnya sampai bila nak tunggu orang tolak baru nak gerak? Lambat laun kena ada lesen kereta sendiri jugak.

Hmm.. sesuatu yang secara relatifnya agak menarik yang berlaku hari ni - flat aku dah ada dryer! Setelah sebulan dua berhempas pulas dan berjuang, akhirnya muncul juga dryer dalam flat kitorang. Biasanya postgraduate halls kat university aku ni dapat satu washing machine and satu dryer; sewanya £30 sebulan, tapi kalau dishare 7 orang macam kami, secara puratanya baru kena £4.30. Compare dengan public laundry di university ni - £1.00 per wash, tak silap aku, plus drying - 20p satu cycle tapi kalau nak bagi kering baju tu maunya nak kena 3-4 cycle.. seluar jeans maybe lama sikit... so on average dalam £1.50 satu load. Kalau seminggu sekali buat laundry dah jadi £6 sebulan - murah la sikit £4.30 tu plus the convenience of not having to queue up dekat laundry, tunggu turn etc; aku rasa berbaloi gak. Especially since unlimited use.. aku nak basuh baju 3 kali sehari pun takpe.. hehhehe.

Akhir kata, renungan hari ini:

When was the last time kita bersyukur kepada Allah tentang apa yang kita ada, instead of mengeluh tentang apa yang kita tiada? Kadang-kadang, bila aku terlalu taksub dengan masalah di depan mata; aku terlupa banyak mana rezeki aku dah dapat setakat ini. Berapa kali dah in the past aku putus asa dengan keadaan dan masalah, sedangkan last-last Allah juga yang berikan aku jalan keluar dari setiap sesuatu masalah? Tapi ingatkah aku pada Dia untuk spend a little bit more time lepas solat untuk baca doa panjang sikit ke, berzikir lebih sikit ke.. bukan untuk manfaat sesiapa pun kecuali diri aku sendiri. Hmm.. bila fikir, memang terasa diri kurang bersyukur!

Harapan PadaMu Subur Kembali (Saujana)

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika kenangkan GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini



posted by Prof_Sadin 12/24/2002 11:50:33 PM// Your Say
. . .
Xmas Eve

Hari ni Christmas Eve kat sini. Which reminds me of two things. The first being, sambutan Aidilfitri Eve tahun ni di Lancaster - perhaps one of the best I've had in quite a while. Tapi malaslah nak bercerita lagi pasal raya tu, kalau berminat nak tahu, boleh ke Archives.. heheh. Keduanya, birthday dua orang kawan aku - Fisz (22/12) dan Er (23/12). Entahlah apa perangai, aku tak call diorang pun, tak wish or anything. Bukan aku tak ingat. Ingat sangat.. present pun dah dibeli; tunggu cukup masa duit masuk 2 Jan nanti untuk dihantar. Mungkin radar kurang cekap sekarang ni, langsung tak tergerak nak call. Jadi kalau tahun depan orang tak call masa birthday aku, tak bolehlah aku nak complain, ek?

Aku kurang tenang sikit sehari-dua ni. Terasa seperti ada melakukan dosa terhadap seseorang. Mungkin pada dia perkara tu tidak seberapa, tapi rasa berdosa tu tetap ada lurking in the background. Apa-apa pun, bila berpeluang, aku akan minta maaf. Dan iktibar yang perlu diambil ; jangan lakukan lagi. Kadang kadang kita tak sedar yang kita ada buat silap sehingga kita fikir balik pasal silap kita tu - and most of the time, that's too late.

posted by Prof_Sadin 12/24/2002 12:25:30 PM// Your Say

. . .
Back to the grind

Life is almost back to normal. As in, work work work. Dari hari tu berhajat nak tengok VCD, tak tertengok-tengok lagi. Entah bila. Malam esok, since dah Christmas Eve, macam banyak pulak program best kat TV nih. A few good movies, some Xmas specials.. all in all, a good night's entertainment, kalaupun aku tak celebrate Christmas.

Funny how, kat sini masa Christmas everything is almost at a standstill. A few years ago, Malaysia pun macam tu kalau Hari Raya. But nowadays even on 1st Raya pun dah ada kedai buka etc. Orang raya kat shopping complex pun sama ramai dengan orang raya kat rumah sedara mara. Entahlah.

posted by Prof_Sadin 12/24/2002 12:06:14 AM// Your Say

. . .
Monday, December 23
Tamatkah sudah musim open house raya ini?

Tadi siang aku pergi open house kat rumah Abang Nazri. Kali ni lain sikit suasananya - undergrad dah tak ramai, tinggal Iman dan Syed ajer yang datang. Biasanya kalau budak-budak undergrad ada, aku akan dengan tak malunya menyusup masuk lepak dengan diorang. Tapi since this time memang postgrad sahaja yang ada, I had two choices: join anak-anak postgrad and borak-borak dengan diorang; atau buat-buat sedar diri yang aku ni memang dah besar panjang and act like it.

Mula-mula aku borak gak dengan anak-anak postgrad; layan depa nyer soalan-soalan maut..
"Kak Idlan, Kak Mas/ Kak Diyana mana?"
"Kak Idlan, tak takut ke duduk sorang-sorang kat college tu?"
"Kak Idlan, kenapa Ginger tu mati?" (Utk pengetahuan, Ginger adalah arwah pet hamster belaan anak-anak Abang Kamarul)
"Kak Idlan, kalau animal mati cepat kan?"
"Kak Idlan betul ke kalau rabbit dia happy ears dia naik?"
"Kak Idlan kalau Ginger dah mati tu dia tak boleh hidup balik ke?"
"Kak Idlan, mak Ginger sekarang duduk kat mana?"

Oleh kerana makin lama aku makin tak mampu nak jawab soalan-soalan diorang, aku pun bawak diri ke dapur untuk menyertai diskusi yang kurang sikit tahap ilmiahnya. Dah lama tak join mak-mak berborak-borak; tapi bila topik makin lama makin mencabar aku menyusup ke tepi dan borak dengan orang-orang seangkatan pulak - heheh.. segan sebenarnya. Tapi masih kedengaran perihal topik kesuburan - bercerita tentang pokok agaknya, since biologist yang bercakap.

Aku seperti biasa makan macam tak ingat. Nasi ayam yang dihidangkan cukup best; ayamnya cukup sedap dan enak dimakan begitu saja. Kalau ada nasi lagi best. Banyak round la jugak aku pusing, walaupun kali ni serangan berangkai tak berlaku kerana anggota-anggota tentera tak cukup. Namun begitu back-up corp masih ada untuk meneman aku ke meja makan.

Balik dari makan, mata rasa amat berat. Tidur sekejap, sampai terjaga dengar suara Brad Pitt di TV.

Tak banyak kerja dapat dibuat hari ni. Tapi memang tak plan pun nak bekerja hari ni. Esok Isnin, kita mulakan usaha kita semula.

posted by Prof_Sadin 12/23/2002 01:29:03 AM// Your Say

. . .
Sunday, December 22
Guestbook Baru

Sedikit pembaharuan pada guestbook. Aku tukar host - sebab bravenet aku perhatikan, ada flexibility untuk aku respond pada message yang ditinggalkan. Guestbook lama masih ada untuk tontonan umum. Tapi kalau boleh, sign la guestbook baru ye.

Sekian, harap maklum..

posted by Prof_Sadin 12/22/2002 12:20:20 PM// Your Say

. . .
Perkembangan yang menarik

Hari ni berjaya habis satu bab. Alhamdulillah, rasanya, the work is finally moving. Now ni just nak pastikan I don't overdo it. So every time aku habis satu chapter, aku akan tengok satu vcd. Aku nyer movies sendiri tak abis tgk lagi, lepas tu ada satu stack lagi koleksi tambahan yang boleh diconsider untuk dibereskan. Not to mention movie-movie yang ada kat TV. Kira ok lah nie.

Ngantuk la pulak nak tengok cd malam ni. Takpe, reward ni boleh carry forward ke pagi esok.

Dapat email dari head of department aku tadi; katanya, continue reading on governance, things will be sorted out in the new year. Alright, cayalah.. ada juga fokus dan arah tujuan research aku sekarang ni. Lega rasanya.

Yang tak best satu ajer - kat luar tu, hujan dan ribut kencang. Sejuk yang amat. Bila nak snow?



posted by Prof_Sadin 12/22/2002 12:11:21 AM// Your Say
. . .