Saturday, December 21
Ahli akademik dan dunia penulisan

Aku teringat abah aku kata pada aku dulu, masa aku cuba-cuba nak beralih career dari seorang ahli akademik kepada seorang financial practioner. Katanya, kalau bekerja sebagai practioner, sudah tidak ada ruang untuk aku menulis. Sedangkan kalau terus sebagai ahli akademik, dunia penulisan ilmiah adalah dunia kita. Publish or perish, katanya.

Which is probably why aku tertarik dengan bidang kerjaya ni. Aku bukan minat sangat mengajar ni. Apa lah yang best sangat tentang mengajar, belum terpancar sinar jawapannya kat aku. Tapi aku suka research. Aku suka baca tentang teori, dan kemudiannya mengkaji sama ada teori tu boleh pakai ke tak dalam realiti. So I put up with teaching, so that I have space and time to do research.

Dah masuk tiga tahun berkecimpung dalam bidang ni, I've grown to appreciate the power of teaching. The power to dazzle inquisitive young minds with new ideas, the ability to challenge fresh minds with new concepts and outlooks ; not to mention the responsibility that comes with it.

Dulu masa aku masih tutor, ada seorang student ni, dah kali kedua dia amik paper yang aku tutorkan tu. Selalu dia datang jumpa aku nak tanya itu ini; aku nampak dia ikhlas nak belajar so I sat him down, once, and helped him through a particularly difficult chapter of the subject we were studying. Aku rasa dia appreciate kot; after that there was more effort from him, more diligence. Kawan-kawan dia semua ponteng kelas; dia tetap datang, sampai ke kelas tambahan tak wajib yang biasanya dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Akhirnya dia pass dengan A.

Mungkin orang sangsi macam mana dia boleh naik dari E ke A, tapi aku tak. Aku nampak effort dia; and I do hope it was that little bit of extra attention that I gave him - just an extra 20 minutes of my time going through that particularly tough chapter - that changed the outlook of the rest of his semester. Tak tahulah aku sama ada dah grad ke belum dia ; not long after that aku ke sini buat Masters, dan balik dari Masters aku dihantar ke You-Know-Where.

Kenapa aku amik time-out dengan dia for 20 minutes tu? Sebab pada suatu masa dahulu, akulah dia.. student tak menentu arah masa di sekolah dulu. Takde focus, takde cita-cita, tak ada aspirasi. Aku cuma tahu pergi sekolah, balik sekolah, turun training, malam prep tidur, lepas tu stay up buat / xerox homework.Dunia aku kat sekolah adalah bersukan semata-mata, tolak 2-3 bulan praktis untuk debate. Tu pun selang seli debate dengan sports jugak.

Then ada cikgu sorang tu panggil aku masa rehat; took just 20 minutes of his time to tell me off for playing the fool way too much. Kena marah ajer sebenarnya; tapi entahlah, hati air batu aku masa tu cair sikit because for me, he took time to pull me aside because he could see some potential. Lepas tu, no turning back bagi aku. This sounds really corny and cheesy, tapi aku punya results trial, SPM, first degree, Masters.. semua tu aku motivatekan diri aku dengan mengenangkan jasa seorang guru yang sudi meluangkan masa untuk menunjukkan he cared.

Aku juga tahu cikgu tu ikhlas; sebab satunya dia dah happily married, secondly dia kenal aku dari Form 1, dan thirdly, wife dia pun ajar aku dan cikgu debate aku gak. Mungkin itu faktor utama kenapa I stopped and listened; because he did it out of the goodness of his heart. Aku ingat lagi dia pesan, jangan ikut rentak orang Idlan. Biar orang kata macam-macam sebab kita ikut rentak kita sendiri, asalkan akhirnya kita berjaya. Masa kita berjaya nanti, yang mengata tu lah akan mengaku kawan. How true his words.

Dia mungkin tak tahu, tak sedar dan tak ingat pun cerita ni, tapi aku rasa kalau dia tak buat camtu dulu, tak sampai tahap PhD aku sekarang ni. Mungkin cukup saja dengan degree, and not a very good one at that. Walaupun kejayaan abah aku semasa dia di universiti dulu sumber inspirasi aku, cikgu aku tu provided the semangat untuk aku capai cita-cita aku untuk emulate abah aku punya success. Tapi aku rasa, sampai bila-bila pun kejayaan aku takkan setaraf dengan kejayaan abah.

Anyway, berbalik kepada cerita dunia ahli akademik dan penulisan. Sebelum aku fly baru ni ada aku present paper kat satu conference on Corporate Governance di Kuala Lumpur. Aku tulis paper tu sorang-sorang; an almost unheard of practise by a junior lecturer kat Malaysia in general. Biasanya junior lecturer akan cari co-writer; seorang senior lecturer yang mungkin akan tolong edit atau baca sahaja, tapi nak juga tempek nama dia kat situ.

Aku rasa cukup tak fair bagi seorang senior lecturer tumpang nama kat paper orang lain, tambah separagraph-dua, lepas tu claim dia juga adalah party kepada publication tu. Sebab biasanya yang kerah idea adalah junior lecturer tu; dia yang buat reading, dia yang construct the theoretical basis of the argument, dia yang check validity construct. Kalau nak takat edit pastu nak tempek nama, aku pun pernah edit paper orang. Paper abah dah berapa keping aku tolong baca dan betulkan dari segi grammar dan construct ayat; kenapa abah tak tempek ajer nama aku sebagai co-author dia? Dan yang buat aku sedikit panas hati ialah apabila sesebuah paper itu dipublish, mesti nama senior lecturer keluar dulu, sedangkan aku sangsi banyak input dia dalam paper tu.

Inilah dia wajah Modigliani of M&M Propositions i & II Tapi dalam sesetengah keadaan, memang junior lecturer terkejar-kejar mahukan nama senior lecturer kat paper diorang. Especially bila senior lecturer tu ahli dalam bidangnya. Contohnya kalau aku tulis paper finance, lepas tu kebetulan senior staff aku Franco Modigliani ke (budak-budak finance familiar la dengan nama dia ni). Of course aku nak dia endorse - for starters senang proses untuk aku publishkan diri dalam journal terkemuka dunia ehsan goodwill nama dia, dan keduanya aku pasti yakin dengan kesahihan hasil kerja aku sebab orang sehebat dia setuju untuk lend his name to my work.

Tapi kalau takat tempek nama atas dasar nak claim yang kita dah ada publish paper tahun ni so contract akan direnew / senang nak naik pangkat, tak payahlah. Semoga semangat inkuiri aku tetap ada sehingga bila-bila, and I will never have to stoop to such tactics to get my name cited in the works of others. Insyaallah.

posted by Prof_Sadin 12/21/2002 10:52:30 AM// Your Say

. . .
Peringatan untuk aku

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Petikan Surah Ar-R'ad, ayat 11)

posted by Prof_Sadin 12/21/2002 12:12:27 AM// Your Say

. . .
Laporan terkini

Hmm.. ada lah baik sikit hari ni dari hari semalam. At least dari aspek pengajian aku. Berjaya aku khatamkan suku bab buku Corporate Governance tu. Esok insyaallah khatamkan the chapter and maybe, kalau aku tak keluar bandar, the next chapter as well. Ada 5 chapter aja buku tu, tapi satu chapter panjang-panjang.

Aku baru perasan satu benda pasal aku - I like taking things to the extreme. Bila dah gila nak buat kerja, langsung tak tahu bila nak berehat. Dan bila dah galak sangat berehat, tak reti-reti nak start balik. Tak bagus tu. Islam menggalakkan kesederhanaan dalam hidup. Apa-apa yang kita buat sekalipun, janganlah sampai melampaui batas. Jadi perlu ada perubahan mindset di sini.

Aku ada sedikit risau dengan keadaan supervisor aku yang belum tetap ni. Mungkin kerisauan pasal menda tu la yang mengurangkan motivasi aku nak bekerja. Mungkin salah aku jugak, tukar topik bila dah sampai. Tapi takkan aku nak buat PhD in something yang aku tak minat? Lagipun, mula-mula supervisor aku dua orang, tapi last-last sorang ajer yang aku selalu jumpa. Yang lagi sorang tu sedar ke tidak yang aku ni supervisee dia? Anyway, selagi aku tak jumpa supervisor, aku rasa macam tak cukup syarat lagi PhD aku. Still, it shouldn't stop me from doing any reading, kan? Baik dapatkan fundamentals before nak focus on the real topic.

Walau camne pun, semangat untuk belajar sedikit pulih. Akan aku terus cari di bawah katil, bawah meja dan celah-celah heater, kalau-kalau ada lagi bakinya.

posted by Prof_Sadin 12/21/2002 12:12:15 AM// Your Say

. . .
Friday, December 20
Computer baru


Dah dapat PC Baru. P4 1.8Ghz, 256MB RAM. Orang dah bagi semua kat kau, Idlan. What have you given back?

Semangat yang Hilang - XPDC

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam



posted by Prof_Sadin 12/20/2002 12:45:59 PM// Your Say
. . .
Thursday, December 19
Muhasabah Diri

It's 10 pm. How far along am I since I wrote the last entry at 4pm? Well, to answer that in the least number of words possible, nowhere. I have gotten nowhere since I told myself I needed to get some work done.

Apa lagi alasan yang boleh aku bagi kat diri aku sendiri? Kelas? Dah lama dah AcF211 aku bungkuskan. Hari Raya? Open House? Dah lama tamat semua tu. Gangguan? Siapa nak ganggu? Semua orang dah takda on campus ni, virtually.

Sepatutnya ruangan ni aku gunakan sebaik-baiknya untuk memulakan bacaan aku. Eventhough topic tak tetap lagi, and supervisor tak confirm lagi; apa salahnya aku mantapkan asas aku? Bukannya aku tak tahu bidang aku nak kaji; bukannya tak boleh aku go back to basics and try to understand the fundamentals. Kalau tak baca, macam mana nak dapat idea? Tapi satu menda pun tak jalan.

Aku tak boleh lupa apa tujuan aku datang ke sini. Memang seronok, dapat escape dari tekanan dan kerisauan dulu; memang best dapat cari ketenangan kat sini. Tapi hakikatnya, aku ke sini untuk belajar. Orang dah bagi duit, orang dah bagi tempat tinggal, apa lagi yang aku kurang? Semangat. Dan dalam pada itu, aku kena cari la semangat tu, manalah tahu dia menyorok bawah meja ke, bawah katil atau di belakang almari. Mungkin juga dia menyorok dalam diri.

Hari ini 19 Dec, 2002. Aku tekad. Hari esok mesti lebih baik dari hari ini.

posted by Prof_Sadin 12/19/2002 10:41:32 PM// Your Say

. . .
Susahnya nak start engine


Feeling a little bit better hari ni. Throat aku dah tak rasa kasar macam semalam, tapi hidung masih maju jayanya sumbat. Bangun pagi jam 9am, rasa orait sikit; kepala takde berat or anything. Decided to go jogging. Kata orang, kalau badan mengada-ngada nak demam, baik keluarkan peluh banyak-banyak. So aku dengan rasminya dah mulakan training session aku untuk tahun ni. Hopefully soon I will be in shape for semua menda-menda yang aku main nanti. Kalau dah training camni, makan nak kena jaga ; minum air kena banyak.

Hajatnya, lepas jogging, nak masuk office. Buat kerja sikit. Tapi balik dari jogging tengok bilik macam Tongkang Pechah (Poskod: 83050, Batu Pahat, Johor). So settlekan bilik dulu, alang-alang buat laundry. Dah siap basuh baju, heret baju semua ke School; bukan nak but kerja pun tapi nak call kawan aku Fisz. Dari phone office 0800 free. Kalau malam buleh guna pakai free minutes. Balik dari office, gi keringkan baju kat Pendle.

Balik dari Pendle check surat, ada pun bil telefon. Nasib baik tak sakit jantung tengok bil nya. Ada ke text messages lagi banyak aku pakai dari handphone calls? Dah la free minutes aku tak luak pun. Sekarang ada 1202 free minutes. Rasanya kena mula bersedekah free minutes kepada mereka yang memerlukan.

Sekarang ni dah jam 4pm. Still tak berganjak-ganjak lagi kerja PhD aku. Apa nak jadi nih?

posted by Prof_Sadin 12/19/2002 03:54:10 PM// Your Say

. . .
Kelab Pelajar Kena Tinggal Kawan cawangan Lancaster

Malam ni, aku rasa malam pertama aku makan seorang diri semula setelah sekian lama. Macam tak biasa sebenarnya makan sorang-sorang ni; tapi since dah banyak hari makan 'bersama-sama' aku terasa la pulak keseorangan. Tapi makan tetap agenda penting dalam hidup - aku masak abis-abis punya, kari dan sayur dan telur goreng, makan dengan nasi putih. Alhamdulillah kenyang.

Sekarang ni flatmate aku yang Singaporean tu ada tetamu. Kakak dan abang iparnya yang Malaysian. Seronok juga masuk dapur dan borak-borak kalau diorang ada.. dapat mengutuk England dengan sepuas hatinya. Heheh..

Badan ada sikit rasa kurang sihat - throat ada sikit sakit. Biasalah lumrah body aku protest sebab dah lama sangat enjoy. Dia tahu bila semua orang dah balik, aku kena buat kerja. Jadi dia protest dan mendemamkan diri agar aku tak payah buat kerja.. heh heh heh.

So tomorrow it's back to normal work. In the office by 10am tomorrow, to sit down and do some serious reading. I really need to get my topic and my work off the ground.

Orang bercuti kita bekerja, orang bekerja kita bekerja, bila kita nak cuti?

posted by Prof_Sadin 12/19/2002 01:06:28 AM// Your Say

. . .
Jalan jalan 2: Lancaster City & Castle and Lake District

Pagi Selasa, aku bawak Cik Kieli bersiar-siar di bandar Lancaster ku yang indah. Sampai juga aku ke Lancaster Castle, yang aku sendirinya tak pernah pun sampai walaupun dah masuk tahun ke-dua secara keseluruhannya aku ada kat sini. Alhamdulillah, walaupun hari sejuk, namun matahari memancar dan langit biru. Dapat jugak tengok sampai ke Morecambe dan Blackpool tower dari castle tu.

Dari castle aku bawak Cik Kieli masuk Sainsbury's. Lawatan sambil belajar ke Asda dan Sainsbury's termasuk dalam agenda bagi mereka yang tinggal di Zone 1 London. Kemudian kami menuju ke Windermere di Lake District. Dapat aku tengok snow dari kejauhan; kata tourist guide di i-titik tu, snow baru turun in the hills the day before. Aku sedikit blur masa berjalan-jalan ni, sangat penat rasanya dan kurang sihat. Tapi aku tetap menikmati pemandangan di sepanjang jalan. Lake District ni memang perfect bagi orang yang suka tengok scenery saujana mata memandang. Memang indah ciptaan Allah!

Pada belah petangnya, Cik Kieli keluar ke Blackpool bersama-sama dengan Arien Star dan beberapa lagi pelajar. Aku time out sekejap; balik berehat dan tidur. Jam 8 diorang sampai balik ke Lancaster, dan kami makan di Moghul's di bandar. Aku memang suka makan kat situ, sedap dan relatively murah for good Indian food. Sekali dalam 2-3 bulan mampulah aku makan kat situ.

Malam balik terus tidur; Cik Kieli nak ke Scotland pada hari Rabu.

Aku book teksi for 9.45 am; bagus dia, sampai jam 9.36 pagi. Train plak delayed tapi berbaloilah - dapat dia merasa naik train baru Virgin ke Edinburgh. Terasa macam nak naik ajer, sebab train ride up north cukup scenic! Balik dari railway station, it's back to work for me!

posted by Prof_Sadin 12/19/2002 12:52:47 AM// Your Say

. . .
Wednesday, December 18
Hari Ahad yang amat blur

Pagi Ahad tu, lepas siap mandi dan breakfast di Bardsea, aku, Cik Kieli dan tulippetal menapak mencari bas ke bandar. Hasratnya, untuk ke open house Abang Ujang / Kak Suzie di Carnforth. Janji dengan Abang Amirul, senior aku kat sini, tunggu di Royal Lancaster Infirmary jam sebelas tiga limau lima pagi. Tapi since hari tu hari Ahad, jadi ada masalah la sikit basnya. Terutama sekali apabila underpass Lancaster University, tempat kitorang tunggu / naik bas tutup for renovation. Last-last kitorang ke duck pond dan tunggu Abang Amirul di situ.

Kitoranglah rombongan pertama yang sampai ke rumah Abang Ujang. Apa lagi, attack la mee bandung tu. Seperti biasa, aku makan macam tak ingat. Tapi kali ini tak ada paparazzi untuk mengejar. Dapat aku makan sepuas-puasnya. Awal jugak kami gerak dari rumah Abang Ujang, sebab nak hantar tulippetal ke railway station. Dia nak balik kampung ke Glasgow.

Malam.. malamnya aku sedikit blur. Suffice to say, responsibility is something I thought I welcomed, but it's not an easy task to fulfill correctly.

Jalan-jalan 1: Liverpool dan Cheshire Oaks

Pagi-pagi Isnin, aku ngan Cik Kieli gi cari kereta sewa. Plannya hari ni, nak ke Liverpool dan Cheshire Oaks. Cuma, this wasn't entirely the whole plan; at one point we did consider driving to Sheffield and York, but common sense prevailed. Di Liverpool, aku ke Anfield. Anfield ni sebenarnya stadium Liverpool FC, antara lain musuh ketat dan tradisi Manchester United. Tapi oleh kerana tekad aku, sementara aku di UK ni, aku nak amik gambar di sebanyak mungkin stadium bola yang ada, jadi nak tak nak kena ke Liverpool gak.

Liverpool ni ada dua stadium bola kelab Premiership sebenarnya - Everton dan Liverpool.Buat permulaan aku ke Anfield dulu. Goodison Park kemudian. Sebab aku tak tergamak nak heret orang tak minat bola ke tempat-tempat bola ni. Sempat juga aku bergambar di tepi Hillsborough memorial. Walaupun aku penyokong pasukan rival kuat Liverpool, tragedy Hillsborough adalah tragedy bagi sukan bolasepak seluruhnya, jadi aku tetap pay my respects.

Dari Anfield, pusing-pusing bandar Liverpool, mencari the Beatles di Albert Dock tapi tak kesampaian. Juga berjaya mengambil gambar secara berani mati di depan Liverpool John Moores University. Best juga berkereta ke sana ke mari ni, tapi yang susahnya, kalau nak amik gambar, nak parking mana? In that respect aku prefer guna public transport.

Kemudiannya, setelah sesat salah jalan beberapa kali, berjaya juga kami ke Cheshire Oaks. Bargains ada lah, tapi tak cukup murah bagi aku. Maybe next time ada rezeki aku di sini. Satu landmark dalam UK travels aku ialah - hari ni kali pertama aku lalu tol. Ikut bawah River Mersey dalam tunnel, kena tol £1.20. Naik sebelah sana kat Birkenhead - terjumpa bandar Tranmere, home of the Tranmere Rovers, the third Merseyside team yang orang selalu lupa akan kewujudannya. All in all, a good day out.



posted by Prof_Sadin 12/18/2002 12:11:46 AM// Your Say

. . .
Sunday, December 15
Nasi Tomato, Tak Cukup Tidur dan ...

Perghh.. what an interesting and unique 48 hours. Semuanya bermula dari time aku nak gi jaga periksa. Tiba-tiba mendapat jemputan tak rasmi untuk menempel di bilik orang sebagai menandakan tamatnya term. Aku on ajer. Memang cari sebab nak melepak. Nak jadi cerita, pada mulanya all was going according to plan - lepas abis jaga periksa, aku terus ke Bardsea dan makan, lepas tu ingat nak tengok movie. Tapi sesampainya ke sana tiba-tiba ada panggilan - permohonan bantuan memasak di rumah postgrad di Furness. Oleh kerana aku akur dan sedar akan hakikat yang aku ni sebenarnya memang postgrad, dah besar panjang dan dah layak jadi mak orang... aku pun pergilah; dengan janji bahawa aku akan balik ke sana juga pada malam tu untuk sambung agenda ronggeng yang tak habis lagi tu.

Jam 10 baru aku balik ke Bardsea, berbekalkan periuk nasi untuk agenda masak-memasak nasi tomato keesokkan harinya. Plan punya plan nak tengok movie, entah macam mana layan borak la pulak. Tiba-tiba jam 12.30 malam ada panggilan dari Fylde (salah satu lagi college di Lancaster University ni) - Hilmi nak mintak tolong violet buat speech untuk majlis hari raya; aku pun heret diri turun sekali - takkanlah aku nak duduk sedap sedap dalam bilik sedangkan tuan bilik kena turun? Sampai-sampai di Fylde, ramai rupanya di dapur, membuat murtabak. Projek membuat speech somehow diberikan kepada aku, sementara Hilmi meneruskan usaha mencerai-beraikan ayam dan cik violet memulakan career pendek beliau sebagai tukang balut hadiah. Dengan bantuan Hilmi dan bahasa Malaysia aku yang entah apa apa entah tu, 'ter'jadilah sebuah speech. Kenapa nak berspeech? Haa.. sebab Dato' Salim Hashim, Duta Malaysia ke Britain, telah sudi nak datang majlis makan makan kitorang. Anyway, pagi tu jam 3.30 am baru menapak balik serba kesejukan ke Bardsea.

Pada pagi keesokkan harinya, pergi ke bandar untuk urusan pembelian telefon. Bukan telefon aku, tapi telefon zieha (bukan nama sebenar). Nak dipendekkan cerita, aku akan summarise dalam satu ayat: sedap rupanya bunyi ringtone polyphonic tu.. dulu aku tak heran, sekarang sangat heran! Balik dari bandar, aku mengerahkan tenaga diri sendiri tolong tuan-tuan rumah buat nasi tomato. Masa buat tu seribu keresahan, tak tahu la jadi ke tak. Sebab bila dah masak satu periuk, tuan guru meninggalkan kami dan mula la kitorang cuak.. tak cukup tu tak cukup ni. Nak dijadikan cerita, masaknya 50 pot nasi, guna 4 stove dan sekali masak boleh la guna 4 periuk yang mampu menampung dalam 16 pot. Banyak round la jugak masak, tapi hasilnya, alhamdulillah.. tiada yang komplen.. malahan.. hehehe..

Malam tu masa majlis, aku resah gak dok tunggu bila train Cik Kieli nak sampai dari London. Takut nasi abis. Tapi akhirnya sampai gak dia, dan oleh kerana kelewatan beberapa dif dif kehormat, ada juga rezeki dia menjamah nasi tomato yang aku tolong masak tu. Nak gi amik dia kat train station, aku lenjan pinjam kereta Abg Ujang / Kak Suzie dan heret violet yang baru nak jamah nasi suruh teman. Terima kasih ye.. lain kali saya ajak awak lagi kalau awak tengah makan nasi.

At the end of two days, memang penat rasanya. Tapi semangat mesti kuat... aku nak pergi jalan-jalan dengan Cik Kieli. Ke mana? Entahlah.. aku bukan tau sangat pun area ni. Takat baca map retilah. Selamat la sesat semua orang nanti.

posted by Prof_Sadin 12/15/2002 09:55:37 AM// Your Say

. . .