Saturday, January 18
Independence

Dah lama tak buat kuiz. Rasa cam nak buat plak hari ni.

independent
Are You Independent?

brought to you by Quizilla
You depend on NO ONE BUT YOURSELF. Congrats! You are totally independent. Most people would go insane locked in a room alone. You, on the other hand, would be totally chill. In fact, you'd probably be clever enough to find a way out. Keep up the good work my friend!

Tak tahu la boleh pakai ke tak kuiz ni, tapi it basically does confirm what a lot of people have described me as. Aku memang jenis ikut kepala sendiri; kurang gemar kalau dipaksa buat itu buat ini; cepat rimas dan bosan kalau routine. Which is not a good trait, really. You have to depend on someone or some people at a certain point in your life. Cuma I guess, with me, orang tak boleh paksa aku depend on diorang. I will choose whom I want to depend on, and it is usually someone I've known for quite some time; banyak element trust kot.

Maybe kena cari test lagi satu. Nak analisa, kenapa aku susah nak trust orang?

posted by Prof_Sadin 1/18/2003 03:04:38 PM// Your Say

. . .
???

Not much going on. My life is dawdling along.. camtu camtu gak lah. Malam tadi main start jam 7.30pm ; mula-mula dalam terang kemudiannya dalam gelap sebab lampu dipadamkan. Bersukan ditemani cahaya bulan penuh. Adam, the sole British member of Malaysian Society, ada turun semalam join kitorang. He is suitably convinced now that Malaysians are a crazy lot; or perhaps maybe Malaysians in Lancaster ajer.

Lepas mandi etc, sambung phase 2 - main card dan jamming. Aku, Ana ngan Zieha tewas by 3 a.m. Iman, rasanya by 4 a.m. Dengar khabor ada yang masih mengagahi diri sehingga ke awal Subuh. Cayalah! Elok jugak aku overnight kat Bardsea semalam ; sebab Man Utd vs Chelsea tadi 12.30pm kickoff. Tu pun aku ke Fylde JCR dah second half, sebab adik aku call dari Malaysia. Kata Abah, diorang call sebab dah lama aku tak call. Hmm.. pelik gak aku, rasanya baru seminggu aku tak call rumah. Heheh.. teringat jugak diorang kat aku yang jauh ni ek?

Anyway, Angah dan Mama bercerita pasal barang-barang yang diorang nak poskan untuk aku - yang penting aku suruh mak aku tambah stock baju raya. Hari tu dah buat banyak pasang gak; tapi bawak 2 aje. Manalah aku tahu kitorang nak raya sakan, kan? So kena ada stok baru for Raya Haji nanti. Karang tak sure plak sama ada gambar tu gambar raya puasa ke raya haji. Aku dah insaf dah sekarang ; nak apa-apa mintak ajer.. jgn harap orang nak hantar kat aku cam adegan kuih raya hari tu. So alang-alang tu aku mintak diorang hantarkan aku nyer jerseys t-shirts yg baru sikit - yang kat sini semua nyer dah hampir layak jadi kain buruk, kalau ikut firasat mak aku; - seluar-seluar yang bukan jeans.. menda-menda gitulah. Tak lupa Gameboy aku.. heheh.. penting tu! (Yes, sometimes I do wonder what it feels like to be a 25-year old teenager).

Hari ni plannya nak ke bandar tengok cerita 8 Mile. Entah jadi entah tidak. Aku pun dah pancit; tak lupa juga, kerja satu benda tak sentuh lagi weekend nie!

posted by Prof_Sadin 1/18/2003 03:02:22 PM// Your Say

. . .
Friday, January 17
The weekend is here

Dah Jumaat, so kira weekend dah la. Eventhough it felt as if semalam pun dah weekend. Balik dari Majlis Yassin, terasa macam bosan yang amat. Ended up going to Ana & Khalid's place sebab aku tahu semua orang ada kat sana. Duduk lepak-lepak dengan Dy and Helmi tgk citer Hindustan - Mann. Aku tak berapa gemar cerita Hindi; tapi kalau ramai-ramai duduk lepak tengok tu aku join ajer.

Aku ni pelik sikit.. tak berapa kisah apa aktiviti yang dibuat asalkan dengan good company. Best macam mana pun aktiviti tu, kalau I'm with lousy company, aku for sure tak enjoy. And hampeh camne pun aktiviti tu, kalau I enjoy the company, aku tak kisah. Sebab tu, walaupun dah masuk tahun ke-2 aku kat UK ni, tak sampai-sampai lagi ke Paris - sebab pada suatu hari yang indah dulu, aku penah plan ngan member aku nak lepak sana masa raya. Nak dijadikan cerita, dia tak dapat datang UK, so rasa cam malas nak gi ngan orang lain. Doesn't make sense? Of course. I don't make sense to myself, never mind other people. (Pada suatu hari yang kurang hening juga, ada orang pernah cakap kat aku yang lagu 'Complicated' - Avril Levigne tu mmg cerita pasal aku. Figures.)

Anyway, berbalik kepada cerita asal; lepas tgk Mann tu aku cam malas nak balik.. so tidur bilik Ana. Jaga jam 8 solat subuh, pastu tidur balik. Budgetnya, bila Ana bangun nak ke kelas, aku pun bangunlah. Terjaga lepas dengar Ana bergerak dalam bilik.. ingatkan dia nak gi kelas, rupanya dah balik. Dah 11am rupanya! Takpelah, memang dah lama aku tak fully sleep my 8 hours. So anyway, brunch kat dapur, baca artikel sikit-sikit pastu gi ke school. Hari ni ada seminar.

Seminar cukup ampeh. Bukan apa.. topic dia memang sesuatu yang begitu specialised dalam finance dan amat sangatlah bukan bidang aku. Pseudo-Risk Neutral Valuation Relationships, which is an extension of the Black and Scholes option valuation model. Tapi presenter dia an eminent scholar - Prof. Richard Stapleton, who is one of the top people in Finance; plus he was also previously at Lancaster. Masa aku keluar tu discuss dengan Pelham pasal AcF211; pastu dia tanya - what did you make of that (the seminar)? Rupanya member pun ada sikit blur gak sbb bidang tu highly specialised kan. So kira aku setaraf la.. heheheh.

Malam ni bermula lah malam aktiviti kitorang. Dimulakan dengan agenda bersukan untuk negara - biasanya main bola campuran, atau volleyball. Lepas mandi etc lepak kat Kg Bardsea main cards or jamming atau kedua-duanya sekali. Esok InsyaAllah nak tengok cerita 8 Mile. Hari Ahad insyaAllah nak main women's indoor hockey untuk Graduate College. Aku biasanya memang kena jadi keeper, even though aku tak suka. I know I can manage a half decent job between the sticks on a good day; but I do want to be scoring the goals, not just stopping them. A classic case of Barthezism, I guess.

Last Word
Ada sape ntah yang bijak laksana, email gambar-gambar kemalangan maut student aku Ahad lepas. Aku tertengok satu ajer. Sampai sekarang ada sedikit trauma. Macam mana nak tidur malam ni? It's not like I haven't had enough trauma thus far!


posted by Prof_Sadin 1/17/2003 06:23:07 PM// Your Say

. . .
Thursday, January 16
So far.. so good

Hari yang semi-produktif. Pagi-pagi lagi dah diterkejutkan oleh berita bahawa aku kena present paper next week dalam doctoral seminar. Terbangang kejap, mostly sebab lecturer yang in charge of session tu tak khabor pun kat aku apa-apa. Lebih-lebih lagi aku dapat satu journal artikel misteri dalam pigeon hole aku semalam... aku assume dari Peter (supervisor aku); tapi dengan berita yang baru aku terima tu.. cuak gak.

Siasat sket, tanya John yang akan lead session minggu depan... dia kata takdelah.. bukan aku.. Helena actually yang akan present. Maybe minah yang dengar tu confuse Idlan dengan Helena. Fuhh lega.. sebab paper yang Peter tinggalkan untuk aku tu.. tebal satu, econometricsnya pun agak hebat juga. Aku memang lemah bab-bab econometrics nih.. maklumlah kecik-kecik dulu tak belajar number number yang complex mahupun kurang complex nie.

Anyway, berjaya jugak aku kupas paper yang Peter bagi kat aku tu; dan I managed to start on another paper gak lah. Dalam pada tu dapat juga senarai A-list accounting journals sebagai asas untuk membuat peniliaian dan rujukan. OK lah. Called it a day at the office jam 4 ptg; ada training - pastu balik, solat dan ada majlis baca Yassin. InsyaAllah dapat dunia & akhirat hari ni Amin.

posted by Prof_Sadin 1/16/2003 04:36:29 PM// Your Say

. . .
Wednesday, January 15
Taking a break

Last-last, aku decide to take a break for the rest of today. I printed a few new papers (or journal articles, if you'd prefer to use the term) that should last me for a day or so; pastu esok tengoklah macam mana.. either kerja dari bilik ajer or gi library ke. I've found that every time aku takde mood, a change of scenery always does me a bit of good.

Tadi lepas decide to call it a day, aku ikut Ana, Khalid, Dy, Mas & Helmi ke Asda. Ikutkan, aku nyer shopping day is Sabtu. Tapi Sabtu ni dah occupied dengan aktiviti hujung minggu. Ingatkan nak pergi petang Jumaat; tapi dapat email kata ada seminar petang tu. So tukar plan petang Khamis - tapi petang esok ada training dan ada juga majlis baca Yassin. So kena pergi hari ni jugaklah akhirnya.

Balik dari Asda, memang takde niat nak belajar. Mengadap PC ajer. Ingatkan nak buat projek website aku tu, tapi terbelangkalai bila tangan mendail telefon. Bolehlah tahan dekat sejam lebih aku layan borak - internal phone, jadi free.. heheh - tapi masih belum mampu menggugat rekod aku bercakap kat internal phone ni. Pada suatu malam summer yang kurang hening, aku pernah berborak hampir sepanjang malam dengan member aku.. dari jam 12 midnight sampai 4.15 pagi rasanya. Letak telefon pun sebab masing-masing nak solat subuh.

All in all, nak kata aku fully rested tu takdelah. Tapi rested la jugak. InsyaAllah hari esok aku lebih baik dari hari ni - it can't get much worse, since I've done close to nothing today!

posted by Prof_Sadin 1/15/2003 11:23:51 PM// Your Say

. . .
Mana lari semangat aku itu hari?

Baca, baca dan terus baca. Tapi apa entah aku baca aku pun tak sure. Sesekali terfikir gak, layak ke sebenarnya aku ni untuk berada kat sini? Baca artikel banyak-banyak pun, mampu ke aku buat critical review? Kenapa macam tak ada original idea je semua.. asyik pikir pakai journal article orang ajer. Ke semua ni normal bagi pelajar 1st year cam aku nih?

Entahlah. Kompius aku. Nak PMS kot.

(Yes, I know. Blame all the troubles of the world on PMS. Scary - what if George Bush went through similar hormonal fluctuations?)

posted by Prof_Sadin 1/15/2003 01:32:25 PM// Your Say

. . .
Absolutely Knackered!

Balik dari training semalam, aku flat. As in, flat out sungguh-sungguh. Sebab kena fitness (lagi! Kenapa tiap kali aku turun Matt buat fitness ajer?). Dan memang jelas la kot aku tak fit - balik tu, shower, masuk dapur masak dinner.. ingatkan nak baca lagi paper Bushman and Smith tu.. badan menjerit-jerit mahu direhatkan.

Fikir-fikirkan, apalah guna paksa diri bekerja kalau dah tak larat? Lagipun, dua-tiga minggu ni memang body aku sedang adjust kepada 6 hours sleep a night; so I thought maybe patut la aku reward dia sikit.

So malam tadi masak ringkas ajer - kari sadin dan sayur; rehat-rehat atas katil sambil baca buku cerita.. terus terlelap. Terjaga jam 2300; ingatkan maybe nak sambung study sikit.. tengok muka dalam cermin mcm tak siap aje.. aku terus masuk tidur balik. Bangun pagi ni, adalah sakit sakit badan sikit.. akibat strenous exercise semalam. Tapi ok lah. Rasa cam orang balik. Heh heh heh.

Al-Fatihah

Hari ni aku dapat lagi dua berita kematian. Satu, kematian ibu kawan member-member aku. Aku tak kenal dia pun, tapi kenal through gambar-gambar gitulah. Satu lagi, kematian kakak member baik aku kat Lancaster masa aku buat Masters dulu. Khabar ni pun baru aku terima. As usual, aku mohon jasa baik korang sedekahkan al-Fatihah kat diorang ek.

Hmm.. banyak sungguh kematian dalam masa terdekat ni. Rindu plak kat mak abah. Kena telepon la nih.

posted by Prof_Sadin 1/15/2003 09:23:04 AM// Your Say

. . .
Tuesday, January 14
Ngantuk

Entah la apa pasal, petang ni rasa mengantuk semacam aje. Aku tengah baca article Bushman and Smith (2001) pasal the use of financial accounting information in managerial contracts. Dah dua-tiga kali rasanya nak cium meja. Nak buat kopi, tak bawak nescafe dari bilik tadi. Nak minum Coke, hari tu dah janji nak kurangkan. Apa lagi yang mampu aku buat selain menguap-dan terus menguap?

Dalam pada masa yang sama, bahu aku yang sakit dari minggu lepas masih memberontak tak naik baik-baik. Mengalahkan orang pergi main ski kat Scotland hari tu. Camne nih? Dah la petang ni nak turun training. Isk...

Jenguk-jenguk MSN Messenger. Nickname warga Lancaster semuanya berbaur kehampehan yang amat. Mungkin hari Selasa memang hari mandom sedunia bagi warga Lancaster dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.

posted by Prof_Sadin 1/14/2003 02:23:38 PM// Your Say

. . .
Monday, January 13
Back to school

Day 1, Week 1, Lent Term of Lancaster University. Tiba-tiba rasa macam ramai yang amat umat Lancaster University hari ni. Mana-mana aku jalan macam ada serbuan setempat. Aku pun operasikanlah battle plan PhD aku.

Ironic sungguh; dah masuk 2 bulan setengah aku kat sini, tapi baru hari ni rasa betul-betul macam aku ni PhD student. Mungkin sebab hari ni first day aku betul-betul duduk di opis dan buat kerja. Phase 1 hampir selesai - compile semua paper yang aku dah ada dan categorykan semuanya. Phase 2 dan Phase 3 yang berat - read and summarise. Ada sesiapa yang terasa macam nak volunteerkan diri nak baca?

Hmm.. dah start semester ni, makin lama makin kuranglah berjumpa dengan orang. Berapa minggu lagi ye, nak Easter break? Nak gi Blackpool rasanya.. hehehe.

Khabar dari Muadzam

Dapat email dari Muadzam hari ni. Bukan satu tapi dua. Perkhabaran sedih - ada dua student Diploma in Accounting (DIA) Uniten Muadzam Shah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Muadzam sendiri. Naik motor khabarnya. Cerita selanjutnya aku tak dapat lagi. Yang aku tahu, kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian. Sama ada dengan lori ke, kereta ke, atau terbabas langgar tiang, belum dapat dipastikan. Apa-apa pun, kalau korang orang Islam, dan membaca entry aku ni, sedekahkan la al-Fatihah buat mereka. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Kawan aku yang email tu pun ada cerita perihal tempat kerja. Saban hari, terasa semakin jauh hati aku dengan tempat tu. Kalau kata orang, time heals all wounds; well, with this wound, time just makes sure I'll never make the same mistake again.

Ada satu article aku dapat dari seorang kawan di mana dia kata, biasanya, sesorang tu leave a company, bukan sebab company tu tak bagi perks, tapi sebab perangai the immediate superior. Cuba korang baca, I'd appreciate some feedback regarding this. Diskusi ilmiah lah pulak ya.

And finally....

Nampaknya bukan setakat aku dan sebahagian besar rakyat Lancaster ajer yang keliru tentang Keliru. Juri pun keliru. Kalau macam gini, tahun depan aku pun buleh dah jadi juri.

posted by Prof_Sadin 1/13/2003 11:51:28 PM// Your Say

. . .
Sehari dalam hidup seorang pelajar PhD

0730 : Bangun, solat subuh
0800 : Bersiap-siap untuk ke opis
0830 - 1830 : Di opis. Break for solat Zuhur / Asar & lunch (1400-1500), break for Maghrib / Isya' (1730 -1815)
1830 - 2000 : Break for dinner, mandi, housekeeping
2000 - 2300 : Sesi study malam
2300 - Bedtime : Internet / blog update / web design

Ini semua, kononnya lah. I am not known for being a stickler when it comes to rules, regulations and discipline. Tengoklah, by Jumaat ni for sure dah terkapai-kapai jadual aku ni.


posted by Prof_Sadin 1/13/2003 10:07:26 PM// Your Say

. . .
Sunday, January 12
Laporan siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-17 dari pusat tontonan cawangan Lancaster

It has never, ever, failed to amaze me how a mundane event in Malaysia, which would do very well if it stirred the slightest of interest in me, could be an event of major celebratory proportions whenever I am in the UK. Juara Lagu is such an example - usually I wouldn't really care about the whole event, often choosing to watch another program on the other telly and only rushing upstairs for the results. And I usually am only interested in the results to see what the upsets are (and watch the devastation on my sister's face - as happened last year when Mimpi Laila won).

Being a couple thousand miles away from home has of course changed that. TV3 had a live webcast, so I decided to join some others instead of watching it alone. After all, this provided ample ground for some serious heckling!

After much deliberation, last-last aku decide nak lepak tengok kat bilik Helmi di Cartmel. Skrin computer dia besar sikit. A party Juara Lagu of minor proportions - ada food, ada air, dan ada air tumpah. Kira cukuplah syarat semua tu. Aku sebenarnya tak berapa tahu pun lagu-lagu yang masuk bertanding tu. Sikit-sikit adalah. Cuma sebab lagu melayu favourite aku - Cinta (Flop Poppy) ada masuk; plus lagu Amy Mastura.. dan lagu KL Menjerit "Linda Martopo" nyanyi.. 3 dari 12.. orait la tu bagi aku. Dah pun pesan siang-siang suruh tulippetal belikan paper, senang ada benda nak baca kalau bosan.

Keputusan? Agak upset sedikit bagi pihak aku. Sebab aku budget, lagu dalam kategori Pop Rock semua best-best kecuali Nurul dan Ajai.. sekali yang tu menang! Dah la tu, menang Juara Lagu lagi gitu. Dan tak lupa aku nak sampaikan kekecewaan sebilangan rakyat Lancaster atas tewasnya Syair si Pari-pari (Zamani).

Aiseh.. Ziana Zain menang Balada? Takpelah.. rezeki dia gamaknya. Tapi Ajai and Nurul.. hmmm.. Aku rasa macam lagi sanggup kalau tengok Siti menang lagi ajer. Ni mesti judges biased lepas Intan Suraya nyer emotional outburst pasal nasib Siti masa presenting.. isk.

Kenapalah bukan aku jadi juri? Mesti dah lama Flop Poppy menang....

posted by Prof_Sadin 1/12/2003 08:36:58 PM// Your Say

. . .