Saturday, November 30
Workaholics Anonymous

Akhirnya aku berjaya di'pujuk' untuk keluar bercar-boot sale esok. Tapi malam ni memang aku full speed ahead siapkan kerja lah. Entah jam berapa lah malam ni aku tidur.. isk..

Dulu masa aku di Muadzam, work ethic aku membahayakan jugak. Masuk kerja jam 7 pagi, tak cecah 8.30 malam tak balik ke 'rumah'. Solat, makan etc, semua dibuat di pejabat. Balik ke rumah memang semata-masa untuk tidur.. esok bangun terus ke ofis semula. Ada saja kerja yang aku cari untuk siapkan, kalau tak itu, ini. Tapi dalam keadaan begitu, setiap weekend aku balik ke KL, aku for sure takkan bawak balik kerja punya. Weekend memang untuk beronggeng berehat fizikal dan mental semta-mata. Bagi aku kerja adalah satu bentuk escapism di Muadzam tu.

Sekarang ni, aku masih kerja 7 hari seminggu. Dalam kepala aku, Sabtu & Ahad bukanlah hari cuti, tetapi 2 hari extra untuk aku teruskan buat kerja tanpa gangguan luar. Kalau hari minggu, aku kena keluar dari bilik dan mengajar atau ke seminar, weekends aku boleh 100% concentrate duduk kat depan PC. Satu trend yang membahayakan. Aku mula risau ; tak nak kerja jadi satu obsession pulak; karang tak pasal-pasal jadi workaholic. Yang paling merisaukan - dua perkara. Aku tak mampu nak enjoy kalau aku ke bandar etc sebab asyik teringatkan kerja. Dan keduanya, di Muadzam boleh lah aku kata escapism. Kat sini, nak escape dari apa lagi? Memang sinilah the ultimate escape bagi aku.

Workaholic ni bukannya orang yang rajin bekerja. Workaholic ni orang yang terlalu taksub dengan kerja hinggakan aspek lain dalam hidupnya diabaikan. Kalau masa sekolah orang suruh kita study smart, maka masa bekerja kenalah work smart. Sebab tu esok aku paksa juga diri supaya keluar dari sini. Kena didik diri supaya jangan jadi workaholic. Nanti kalau aku burnout, susahkan diri sendiri jugak. Kesihatan kena jaga. Tidur kena cukup. Rehat pun kena ada.

posted by Prof_Sadin 11/30/2002 11:52:20 PM// Your Say

. . .
Untuk siapa kita menulis

Satu persoalan yang menarik juga yang toksik ketengahkan dalam guestbook aku tu. Aku pun terfikir juga, aku menulis ni kenapa? Dan untuk siapa? Untuk kepuasan sendiri? Sudah tentu. Inilah antara lain outlet untuk melepaskan yang terbuku, yang tersirat dan yang tersurat. Dari segi tu, memang kita tak boleh kisah sangat tentang apa orang kata.. tugas kita menulis; kalau menulis kepada diri sendiri pun nak menipu, habis, bagaimana?

Dalam pada itu, apa yang kita nak tulis, kena bertapis juga. Ruang cyber terlalu luas dan tanpa batasan - terlalu banyak bercerita perihal rahsia, nanti tidak lagi menjadi rahsia. Itu sendiri memberi gambaran tentang the potential of the power of weblogs as a communication medium. Mungkin ada orang major Comms. nak buat PhD ke dalam hal ni? Buat kajian sikit?

Bagi sesetengah orang, weblog merupakan sumber komunikasi. Aku ada juga tengok orang menggunakan blog ini sebagai satu medium untuk berkomunikasi dengan mereka yang jauh di hati mata, dekat di hati. Aku tak tergolonglah dalam golongan tu. Keluarga aku dan kebanyakkan rakan terdekat tidak tahu kewujudan laman web ni.

Tapi kenapa ye.. kenapa aku kurang motivasi kalau tak ada orang membaca? Sedangkan betul juga kata cikdaun tu. Mungkin kerana sifat aku yang lebih gemar berbincang dari bercakap seorang.. jadi bila ada feedback, baru rasa lengkap 'perbualan' tersebut. Feedback loop, dalam jargon komunikasi. Tapi kekurangan feedback tidak boleh aku terus jadikan alasan untuk tidak terus menulis.

posted by Prof_Sadin 11/30/2002 07:32:51 PM// Your Say

. . .
Lagi berapa hari nak raya?

Selamat pagi dunia! Kenapa aku sebut dunia.. hehe.. sebab berdasarkan statistics website aku nie, orang yang datang menyinggah bukan sahaja warga se-UK atau se-Malaysia, tetapi dari pelbagai negara, termasuk Australia, Hong Kong, Japan, Germany dan juga Finland. Tak sangka ada juga orang Melayu di serata pelusuk dunia ; aku assume Melayu atau orang yang memahami BM sebab sejak sampai ke sini, aku dah kurang bercerita dalam BI. Jadi aku nak ucapkan terima kasih kerana meyinggah dan terus meyinggah; itulah motivasi bagi aku untuk terus menulis! Ini bukan blog aku yang pertama; dah banyak kali projek blog aku terbelangkalai sebab jadi malas - bila ada orang membaca terasa macam rajin sikit nak update. Macam performer pulak jadinya ; ada audience, seronok dia perform.. takde audience, dia pun tak ada mood.

Tadi pagi selepas subuh (yang hampir gajah!) aku terus mandi (sebab mata masih penat) and finally decided to call member aku kat Malaysia. For quite a long time dia memang partner in crime aku kat Bangi tu; ke mana aku tak heret dia, especially kalau nak pekena wayang pagi Ahad. Aku miss jugak sebenarnya kat dia sebab yelah, dah ada geng sekepala.. tapi of course lah kan takkan mengaku kat dia or sesiapa yang kenal dia.. control tetap control! Cuma aku tetap cuba lobby dia buat Masters di Lancaster nie... heh heh heh...

Apa-apa pun, nak kena gi ke bandar. Rasanya kena juga keluarkan cash di NatWest di bandar.. bukan banyak hari aku ada yang free; alang-alang dah ada ni, baik aku belikan terus Nadia punya birthday present. Nanti dah kalut dengan kerja tak menyempat nak keluar. Ni pun asas nak keluar sebab beras dah habis! Kalau tak... bertapalah aku depan PC nih..

posted by Prof_Sadin 11/30/2002 09:36:44 AM// Your Say

. . .
Bila nak study??

Hari ini memang hari yang penuh dengan aktiviti, tapi kurang berfaedah dari segi akademik. Dari pagi tadi brain aku macam kurang mahu bekerjasama dengan diri aku yang nak buat kerja. Nak baca artikel pagi tadi macam nak pengsan rasanya; last-last tak baca apa-apa artikel baru pun; hantar pada supervisor notes based on apa yang aku baca sebelum ini. For sure kena marah Selasa ni, tapi lantaklah. Enjoy dulu weekend ni, kena marah pikir kemudian!

Petang tadi aku buat perangai.. tak pergi seminar, tetapi sebaliknya pergi ke Morecambe untuk bowling. Ikutkan, naik bas dari university memang boleh terus ke Morecambe. Tapi pakcik yang kurang deria pendengaran tu ingatkan Ana nak ke bandar. So kami tukar bas di bandar. Sampai ke bandar Morecambe, kitorang kena 'halau' dari bas sebab pakcik tu pun pekak sikit.. dia ingat kitorang nak ke town centre bukan ke bus stand. So terpaksa menapak ke Superbowl.

Main bowling, sorang dua game. Tapi sebab ada 12 orang, lama la jadinya. Dah jam 7.30 baru keluar dari superbowl, nak main laser quest la pulak. Aku tak kisah.. cuma tak pernah main sebelum ni. My first impression of the game.. okaylah.. nak kata aku giler laser quest lepas ni tu taklah, tapi kalau orang ajak aku pergilah.

Balik tadi dah masuk jam 10. Nampal gaya memang satu kerja tak jalan hari ni. In a way it's good, sebab aku dapat rehatkan otak sedikit sebanyak. Tapi rasanya dah terlebih rehatkan nih. Kena paksa diri masuk mode kerja balik.

Weekend ni, most probably pagi esok aku akan ke bandar sebentar sebab beras dah habis. Nak beli toys untuk Nadia ni sebenarnya; tapi switchcard masih belum dapat, jadi masih belum mampu berbelanja mewah. Ahad most probably aku kensel projek nak ke carboot sale. Banyak lagi kerja lain yang perlu aku utamakan!

posted by Prof_Sadin 11/30/2002 12:51:38 AM// Your Say

. . .
Friday, November 29
Report

Semalam nak masuk jam 2 baru aku tidur, tapi pagi tetap bangun awal sebelum berakhir Subuh.. mata masih kelat, terkebil-kebil.. tapi perjuangan tetap akan diteruskan.. aku kena juga sediakan report nak hantar ke supervisor hari ni. Bukan report kebenda pun; cuma dia nak tengok aku punya proposed topic setakat ni macam mana, apa development aku dalam mencernakan idea-idea.. tapi aku still nak tunjuk la jugak effort yang aku usahakan selama 2 minggu nie; or better said, aku nak lah beri gambaran yang aku ada buat effort dalam masa dua-tiga minggu nih. Sebab aku ada la pikir and baca, tapi tak mencapai tahap yang memuaskan bagi aku.. banyak kerja lain yang dapat tumpuan aku..jadi research idea tu tumpul. Tapi tak nak tunjuk mcm aku tak buat kerja; sebab diorang dah penat lelah carikan duit untuk aku.. aku datang sini bukan untuk holiday (ini adalah ayat untuk meningatkan diri bahawa petang ini saya PATUT ke seminar.

posted by Prof_Sadin 11/29/2002 10:05:42 AM// Your Say

. . .
Kad raya

Fuuh.. aku dah dapat kad raya pertama dari Malaysia. Satu dari Kak Ina, senior aku yang sekarang kerja kat Yayasan Tenaga Nasional. Lagi satu dari Fisz, junior aku yang juga kerja di YTN sama ngan Kak Ina. Siap dapat kad korporat TNB lagi tahun ni.. heh heh heh.. boleh la start menghias bilik aku yang tak seberapa nih. Puas hati.. hehehe.. kepada rakan-rakan muda yang lain, aku tetap menanti kehadiran warkah dari seberang lautan.. especially yang dah mintak alamat tu.. heh heh.

Hari ni rasa macam lega sikit.. dah kurang rasa berat beban etc. Mungkin sebab berborak lama, ditambahkan pula dengan kerja yang dah selesai, terasa sedikit kelegaan dalam otak aku yang agak berserabut dua-tiga hari ni. Once dah clear tugas mengajar aku ni, boleh la aku fokus kepada membaca dan mendapat gambaran asas kepada apa yang bakal diperjuangkan selama tiga tahun lagi!

Sedikit komen perihal apa yang toksik sebut dalam guestbook aku.. memang aku setuju dengan kata-kata dia tu. Rahmat, hikmah dan rezeki dari Allah datang dalam berbagai bentuk.. dan kadangkala di sebalik yang pahit itulah kemanisan yang bakal kita kecapi. (Chewaah.. dah jadi bahasa cerpen la plak dah; apsal la masa SPM dulu tak mampu karang ayat camni?)

posted by Prof_Sadin 11/29/2002 01:03:04 AM// Your Say

. . .
Thursday, November 28
Analisa lirik lagu raya

Aku tak habis-habis lagi jiwang dengan lagu raya nie. Entah apa-apa entah, kadang-kadang dok gelakkan diri sendiri. Especially bila lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda tu.. memang dia cerita pasal tak dapat jumpa parents masa raya. Pastu aku dok la teliti lirik-lirik lagu raya lain.. antaranya.. Suatu Hari di Hari Raya (fevret aku) dan juga Dari Jauh Ku Pohon Maaf. Memang central theme most of the lagu raya yang aku tengok, kemaafan. Itu memang dah sah, sebab Hari Raya memang kita kaitkan dengan memohon maaf.

Another central theme is ibu bapa. Sebab most probably ibu bapa lah orang yang paling banyak kita berdosa dengan, tapi dalam pada masa yang sama, ibu bapa jugalah yang paling banyak ampunkan kita. Cuma ada beberapa lagu yang berkisarkan kemaafan, tapi bukan kepada ibu bapa - Pulanglah (Aishah) lebih bercorak kemaafan dalam suatu relationship, dan Lebaran Ini (Raihan & the Gang) lebih bercorak kemaafan ummah secara amnya.

Itulah kot sebabnya bila dah kejauhan ni, yang aku terblues sebentar. Teringatkan betapa banyaknya dosa dengan mak abah, dan secara standardnya mestilah terharu sebab peluang nak bersalaman tu tak ada. Salam tu simbolik aku rasa.. aku yakin semua orang pernah maafkan orang lain walaupun tanpa adanya upacara bersalaman. Bukannya aku tak boleh nak bermaafan di telefon pagi raya tu. Cuma rasa tak lengkap bila tak bersalaman.


Gambar hari raya warga Malaysia Lanaster University, England

Sebut-sebut bab analisa lirik nie, toksik ada dedicatekan puisi untuk aku ngan Cik Kieli..

ceghito soghang budak kek UK

den duduk temonong kek dapur, terkitai2 den kek dalam fridge carik susu
den tengok eden punyo kopi tak habih-habih minum layi
den tengok kopi price chopper tu dah semacam jo ghupo
den tak sompek habih minum sobab waktu sahur dah habih kelmarin
den duduk termonong ajolah den tengok ateh air kopi yang hitam syapalih tu
den nampak ghupo den ontah camano den boleh tetengok
rupa family den kek kampung ish...den ghaso sodih pulak
den tengok den punya kopi layi ado den punyo umi, ayah, adik2
mak sedagho, pak sedagho pak wo, mak wo, pak itam, pak uteh
semuo 'eh kek kampung den takdo akak sobab den jadi akak pada den sendiri
den dah call dah malam tadi sekojap jo, takdo duit nak call lelamo
tapi pagi nie kepalo den macam kono sosah dongan ponyapu
lopeh tu, golek-gelantang, golek-gelantang terus tak soda-soda
tak dapek poyi semayang ghayo petamo kali dlm idup den
den selambo jo tak nangih den hero lah konon maso tu
tapi bilo datang soghang bukak itu lagu-lagu ghayo,
den dah tak tahan dlm dado ghaso sobak ya Rabbi
tapi yg sodih layi pado yg dah meningga dunio
sudahlah jang milah.. saba dan syukur ajolah
nak buek camano takdir dah monontukan
kito ado kek UK

Kata Cik Kieli, dia terharu baca puisi ni.. "Betul ke takdir yang menentukan aku tercampak di UK ini?" tanyanya.

Entahlah. Ceritera macam mana aku sampai ke sini sebenarnya agak kompleks, agak rumit dan agak sensitif bagi beberapa pihak. Which is why aku tak bercerita panjang lebar lagi di sini. Tengoklah suatu hari nanti, mungkin aku akan bersedia untuk bercerita di blog. Tapi kesimpulannya, ada sedikit kepahitan, ada sedikit hakikat kehidupan dan ada juga bibit-bibit rezeki. Tapi yang aku pasti, Allah s.w.t. masih tak lupakan aku, walaupun aku hambaNya yang begitu cuai dan leka.


posted by Prof_Sadin 11/28/2002 11:18:25 AM// Your Say

. . .
How do we measure something we can't define?

Petang tadi aku present paper yang aku kupas tu. Alhamdulillah, aku rasa macam lecturer tu puas hati.. siap kata excellent lagi.. tapi biasalah mat salleh nie; main puji ajer sebab nak polite. Tapi masa aku present tu takde plak orang bangkang menda yang aku kupas tu.. so orait lah kot. Kalaulah ada sesiapa yang berminat dengan Organisational Culture and Measurement, boleh la korang download dari sini presentation aku tu.

Anyway, lepas presentation tu dah jam 4.. mula-mula planning nak berbuka di Pizetta bersama Ana & Khalid. Sekali tu dapat SMS, Kak Eda ajak berbuka di flat dia. Aku mmg tak pernah tolak la sebab a) aku tahu for sure makan nasi, and b) mesti ada sambal tumis.. heheh. So menapak ke Graduate Hall. Nak berbuka dengan Ana & Khalid pun bersebab - diorang nak discuss pasal audit independence; salah satu issue yang aku consider for my PhD thesis. So rancak la jugak berbual.. sampai jam 9 baru sampai balik ke bilik.

Balik-balik ajer terus aku tackle soalan tutorial esok.. mula-mula tu tak nampak logiknya; dengan pertolongan beberapa pihak, barulah make sense.. hehhe.. terima kasih cik kieli.. tapi aku tak mampu nak tolong kau dengan assignment computer science hang.. aku takat menulis blog ni celik la IT.

Nikmat kecik jadi cikgu

Biasanya jadi pendidik ni, orang kata, thankless job. Kita usaha, tapi hasilnya tak nampak depan mata. Aku ingat kata-kata seorang cikgu aku dulu, katanya "Saya nak belajar tingi tak dapat, Idlan, tapi dapat tengok awak buat Masters tu dah cukup terbalas saya rasa usaha saya selama ini". Pada aku mendalam maksud dia, sebab aku tahu masa sekolah aku nakal yang amat dan kurang berminat kepada pelajaran. Pendek kata, kalaulah sesorang tu mengenali aku masa aku sekolah dulu, pastu tiba-tiba hari ni dapat tahu aku di sini buat PhD, ada potensi kena sakit jantung. Sayangnya aku tak sempat jumpa cikgu tu sebelum ke mari baru ni; teringin juga nak beritahu dia yang didikan dia terhadap aku ada sedikit makan saman .. hehheeh.

One of the things that a teacher aspires to do is to inspire. Bak kata suatu pepatah ; "To laugh often and much; to win the respect of intelligent people and the affection of children; to earn the appreciation of honest critics and endure the betrayal of false friends; to appreciate beauty; to find the best in others; to leave the world a bit better, whether by a healthy child, a garden patch or a redeemed social condition; to know even one life has breathed easier because you have lived. This is to have succeeded."

Lirik lagu raya fevret semasa

Dalam mood aku rindu beraya ni, aku sertakan lirik yang aku rasa paling kena dengan isi hati aku sekarang... Tak habis 100% lagi rupanya jiwang raya aku nie... heh heh heh

Ku Pohon Restu Ayah Bonda

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

posted by Prof_Sadin 11/28/2002 01:16:07 AM// Your Say

. . .
Wednesday, November 27
Lega sedikit..

Dapat aku tarik nafas lega sikit hari ni. Notes for next week's lecture dah di hantar ke secretary, presentation aku pun akan settle petang ni. Which leaves me two days to work on proposed research topics - dah ada dua, dapat lima cukuplah. Maybe weekend boleh santai sikit.. rileks sikit.. shopping sikit..

posted by Prof_Sadin 11/27/2002 12:00:23 PM// Your Say

. . .
Tuesday, November 26
Misteri Email Hilang

Hari ni satu kerja tak jalan. Bangun pagi tadi tetap rasa penat walaupun aku dah masuk tidur agak awal (secara relatif) dari hari-hari lain. Mungkin sebab aku tak off light masa tidur tu; jadi tak berapa fulfilling. Pagi tadi cuba juga buat notes for lecture 17.. sambil-sambil revise untuk lecture 16 yang aku bagi pagi tadi. Dalam pada masa yang sama, agak terpinga-pinga juga kenapa kosong e-mail box aku pagi ni. Aku ni takdelah berjuta-juta peminat; tapi koman-koman sekurang-kurangnya ada juga email SSRN atau CD Elsevier yang masuk. Ini terus hambar.

Tengahari aku dapat email dari Carole, secretary kat office kitorang. Katanya, aku punya email exchange a/c dah siap (selama ni aku pakai yang pop server based, atas dasar student lah kiranya - rupanya student PhD ada sedikit naik pangkat; dapat MS Exchange based email server). Tapi nak set up kena tunggi orang dari ISS datang. So tak apa lah, aku tunggu diorang datang. Banyak juga privelege PhD student kat sini rupanya.


Lepas lecture tadi, aku mulakan operasi hantar kad raya. Terserempak dengan Mas kat pos office, dia pun ada projek sama. Nampaknya dia ada pakai kot yang aku sambar dari dia hari tu.. hehehe.. Aku tanya pakcik tu (dengan penuh gaya dan sleng mat salleh aku) berapa sen nak hantar poskad ke Malaysia, dia jawab 42p. Pastu dia tanya aku.. akhir-akhir ni ramai betul orang Malaysia hantar kad.. ada apa-apa ke.. Aku cakaplah.. pakcik.. kitorang nak raya.. macam Christmas dia lah.

Ada student datang consult aku pasal test. Layan dia, jam 3.30 baru dapat keluar dari ofis. Biasanya habis consultation hour hari ni jam 3ptg, hari ni terlajak sedikit. Lintang pukang jugak balik, nasi belum tanak, lauk belum hangatkan.. dah dan dan nak berbuka. Ada sedikit baki ayam masak merah aku semalam.. ingatkan nak makan dengan telur mata cair.. bukak-bukak almari dah takde dah telurnya.. aiseh! So aku makanlah nasi dengan ayam tu sikit.

Jam 6.15 petang aku turun ke Popeye dengan seorang warga Lancaster yang aku tak kenal lagi sebelum nih. Sebab alang-alang nak gi Spar beli telur, dan juga sebab berbuka tak berapa kenyang. Aku camne camne pun berbuka mesti nasi. Snek-snek lain, malam sikit baru aku jamah kalau lapar. Tapi kadar ketotokan Melayu aku masih kuat.. tak jumpa nasi, tak kenyang! Di Popeye, jumpa Abang Amirul.. dia kerja malam ni, jadi sempat layan borak. Lepas tu pergi ke bilik Ana di Fylde.. bola dah start la pulak dah.. terlekat kat situ for the first half. By the time aku balik, Manchester behind 0-1 lawan FC Basle. Tak senang duduk dibuatnya.


Half time aku balik.. entah camne rasa penat betul mata aku. Aku paksa jugak buat kerja, akhirnya siap Lecture Notes 17. Lecture Notes 18 tak jamah lagi. Patut by esok biasanya aku dah submit dah pada Andrea. Takpelah, katanya pagi Khamis still boleh. Sambil taip nota, sambil tengok kebangkitan Manchester United. 3 gol dalam masa beberapa minit sahaja, cukup untuk mereka pulang ke Old Trafford dengan 3 mata - top of the group sebab Deportivo La Coruna seri dengan Juventus.


Sekarang ni dah start sikit Lecture 18. Tapi masih tak puas hati tentang email aku yang tak muncul-muncul. Koman-koman takkan Fisz tak balas kot, kalaupun orang lain buat tak heran. Cuba try test. Hantar dari hotmail ke account Lancaster aku. Takde respons. Sah.. mesti ada kena mengena dengan migrasi email system aku dari pop server ke exchange server. Mulalah start mereki sana sini.. korek sana korek sini, sumbat password itu, sumbat password ini.. akhirnya, jelas sangkaan ku benar. Email-email aku masih ada tercatuk di server exchange. Ada dalam 18 semuanya, 8 of which dari SSRN. Aku dah agak dah... takkan ada orang yang akan lupa untuk email aku!

posted by Prof_Sadin 11/26/2002 11:51:24 PM// Your Say

. . .
Ramblings

Aku baca balik blog entries aku over the past two days ; there seems to be a central theme of melancholia surrounding them. Sort of a bit different from the past entries that I've been making. Thought once, thought twice about taking the entries off as they seemed a bit uncharacteristic, but I finally decided not to. I've come to realise that this blog, which I've been writing in for fun and to catch my (bullet) train of thoughts more than anything else, has also become representative of my state of mind at any given point in time.

And after reading my (book-based) journal which I kept during my university days, well.. it'd be good to keep the memories. Every time I read a passage in that journal, I could sort of conjure up what I was feeling at that point in time. Cool, eh? Plus it isn't always that I am at ease with my feelings so much as to write them all down for the world to read. Perhaps a good move in the emotions department for myself.

posted by Prof_Sadin 11/26/2002 09:29:39 AM// Your Say

. . .
Monday, November 25
Only you know when you should stop..

Entah la apa pasal, malam ni rasa penat semacam. Tadi lepas berbuka, rasa mengantuk yang amat. Padahal baru jam 5 petang. Nasib baik tak terlelap sebelum sempat Maghrib. Mungkin betul kata toksik, mental aku kepenatan. Maklumlah, memang 24-7 aku depan PC, kalau tak menaip, membaca, kalau tak membaca, ada ajer analisa yang aku tengah buat.

Ataupun mungkin sebab malam tadi tidur & jaga terkejut sebab adik aku yang bertuah sorang tu call aku jam 4 pagi waktu UK sebab nak tanya bila nak suruh dia masukkan duit aku. Selalu dia macam tu.. aku cukup pantang terkejut dengar bunyi telefon tengah malam; khuatir aku kalau-kalau panggilan emergency dari Malaysia.

Dah pergi buat air kopi tadi. Tapi kepala aku tak compute apa aku baca. Rasa macam blur yang amat malam ni. So aku stop la dulu. Balas-balas email.. main game dulu.. hehehhe.. takpun ambil peluang tulis kad raya ke. Lepas tu malam ni masuk tidur awal sikit. Esok lepas sahur dah boleh terus bangun.

posted by Prof_Sadin 11/25/2002 08:57:17 PM// Your Say

. . .
Lagi-lagi cerita raya

Monday is here again. Pejam-celik, dah 3 minggu aku berada di bumi bertuah Lancaster nie. Feels like I've been here forever, and at the same time, haven't been here enough. Hari Isnin & Hari Selasa, aku ada tugasan lecture. 1 jam setiap hari. Rabu takde lecture, tapi PhD student ada seminar yang kena attend. Hari Khamis pulak, aku ada tutorials.. 3 tutorials x 1 jam = 3 jam aku membebel sorang-sorang dalam lab tu. Jumaat, ada staff seminar yang PhD students are expected to attend. So kiranya, dalam seminggu, takdelah hari yang aku betul-betul free.

Next semester scenario berbeza.. aku cuma ada 2 tutorials - hari Khamis dua-duanya. Rest of the week, InsyaAllah aku free untuk research aku.

Hari ni aku dapat email dari kawan-kawan 'Muru'. 'Muru' ni stands for nama mailing list kitorang - kami geng masa undergrad and the majority of us sewa satu rumah di Sg Merab masa final year. Nama landlord tu 'Muru'. Itu yang kitorang pakai nama Geng Muru tu. Aku takdelah duduk sekali sebab rumah mak abah sekangkang kera ajer.. tapi rumah tu la tempat aku lepak, especially bila nak keluar ke Uptown malam malam & takut al-Ustaz marah...

Anyway, soalan cepu emas dari Baya & Liz hari ni.. Tanya Baya, "idlan..kau sedih ke tak sedih sambut raya kat sana... aku tau kau kat sana ever happy......". Liz pula menambah, "tanya raya kat sane camne...tapi aku bet nko sure eppy sana...yea la second home nko kan". Bila pikir-pikir balik, loaded juga question diorang tu. Tak reti pulak aku nak jawab direct.. kena pikir dulu.


Last-last aku jawab.. "Sedih ke tak sedih aku raya kat sini.. entahlah. Nak kata sedih, aku cam neutral ajer. Bukan first time. Nak kata tak sedih, nak juga aku berhari raya dengan family.Rindu kat adik-adik aku.. nak bagi diorang duit raya, nak tgk muka diorang dapat duit raya.. etc.. I guess, kalau mak abah aku ada kat UK nie, then aku maybe tak kisah and tak sedih pun raya kat sini. Sbb yang aku miss sebenarnya family aku, lain-lain hal, aku lebih tenang di sini. Entahlah.. one year aku balik hari tu banyak sangat menda pahit berlaku. Maybe, insyaallah, 3 years is long enough for me to get over everything."

Sebab to be truthful, within that one year, I did a lot of growing up - mostly in the 'Life' department. Itupun belum masuk bab-bab relationships ni. Aku teringat mak aku.. every pagi Isnin sebelum aku call dah sampai ke Muadzam, selagi tu dia risau. And petang Jumaat, selagi aku tak tercatuk kat depan pintu rumah, selagi tu dia tunggu kat depan tu.

Kesian kat mak aku.. umur aku 13 tahun, dah kena duduk asrama.. dapat-dapat balik dah besar panjang.. masuk university.. tinggal rumah lagi. Lepas tu datang ke UK.. setahun aku takde (dalam pada masa yang sama dapat pula aku adik lagi seorang!!) Balik dari UK, kena ikut telunjuk orang ke sana ke sini.. & last sekali aku ke mari semula untuk menuntut ilmu dan mencari sedikit ketenangan. Dah balik nanti umur aku dah 28.. bila aku nak manja dengan mak ni?

posted by Prof_Sadin 11/25/2002 03:09:54 PM// Your Say

. . .
Sunday, November 24
Lagu Raya

Hobi aku malam-malam sekarang dengar lagu raya kat THR. Bukanlah malam-malam sangat, kat sini baru jam 6.30 ptg tapi dah gelap. Time-time ni kat Malaysia dah jam 2 pagi. Macam-macam jenis-jenis nightcaller nie.. menarik jugak. Entahlah sejak bila aku jadi suka dengar lagu raya plak dah. Biasanya amat lah tak herannya. Mesti ada kena mengena dengan ketidak-stabilan semasa. Mana tak nyer.. tadi aku dengar lagu Westlife pun bunyi macam sedap! Erkkkk....

Tahun ni, masuk kali kedua aku beraya di tempat orang. Macamlah gempak sangat.. orang lain, mcm Pakcik Mohd Nor yang Cik Kieli jumpa atas bas tu dah berapa tahun entah tak balik raya. Last time aku berhari raya kat UK, aku beraya kat rumah kakak member aku di Manchester. Sebab berhari-raya dalam suasana berkeluarga, mungkin tak terasa sangat sedihnya. Tahun nih.. hmm.. mungkin ada sedikit kelainan.

Pertamanya, tahun ni raya jatuh pada hari bekerja biasa di UK. Jadi nak tak nak life goes on. Hari tu aku ada seminar, takdelah heavy sangat. Tapi yang sadisnya... anak-anak murid aku ada test hari tu. Termasuklah arien-star, tulippetal & violet. Tak lah sehorror lagi sorang akak postgrad yang kena defend proposal dia hari tu.

Hakikatnya, kita berada di tempat orang, selagi tak menghalang ibadah kita dan hubungan kita dengan Allah swt., kenalah kita ikut rentak orang. Kita mungkin terbiasa dengan hari raya hari cuti, tapi hatta di Malaysia sekalipun, masih ada yang bertugas pada 1 Syawal. Yang haram, setakat aku tahulah, pada 1 Syawal tu, adalah puasa. Jadi marilah beramai-ramai kita berhari raya di lecture theatre kelak.

Cuma mungkin hari raya tu aku menempel kat rumah sapa-sapa sepanjang hari.. mungkin juga aku ke Kampung Bardsea sepertimana yang dijemput. Hari-hari macam tu, tak boleh layan blues sorang-sorang, ye tak?

posted by Prof_Sadin 11/24/2002 08:43:07 PM// Your Say

. . .
Cerita adik-adik

Semalam sambil dengar THR aku SMS adik aku yang matrik tu. Aku tahu dia tak suka tidur malam, and aku tahu dia suka dengar THR. Masa tu DJ nyer nak mainkan lagu raya. Kata Abe, harap-harap keluar lagu Sudirman.. Aku balas, aku tak heran.. Sekali tu memang keluar lagu Sudirman tu.. isk isk isk.. menderu-deru SMS dari adik-adik aku sampai.. tanya.. dah banjir ke Lancaster aku menangis?


Antara adik-adik aku, Abe (bukan nama dalam I/C)(18) & Nadia (1 yrs old this December)

Bersyukur juga aku ada teknologi nih.. dapat juga aku communicate dengan family di Malaysia dengan kos minima.. aku memang suka menyakat & adik-adik aku pun makin lama makin lawan tokey bab-bab menyakat.. most of the time that is what I miss the most. Lebih-lebih lagi sejak aku duduk kat Pahang.. memang aku jadi makin rapat dengan diorang. Gaduh tu gaduh juga.. tapi carik-carik bulu ayam, kan?

Adik-adik aku ada lima orang. Angahnya, sekarang dah masuk final year buat Law di UKM. Insyaallah bulan Ogos depan dia graduate.. itulah target aku untuk balik summer nanti; semoga dapat tengok Angah grad. Bawah Angah, Abe. Walaupun dia number 3, tapi kami panggil Abe sebab dia lelaki sulung, and also cucu lelaki sulung belah ayah aku. Mamat ni super-genius.. first dalam family aku dapat straight A untuk SPM. Harapan abah aku untuk menjadi doctor, tapi aku tak tahulah dia sanggup ke tidak.

Bawah Abe, Zahid - sekarang Form 4 di MRSM Terengganu. Dia pun nampaknya ada potensi untuk menjejaki langkah-langkah abangnya. Bawah Zahid, Farah, sekarang umur dia 13 tahun tapi dah Form 2 sebab dia lompat kelas darjah 4 dulu. Kami panggil dia Adik. Sekarang sejak ada Nadia, dah jadi Kak Chik. Nadia pulak.. adik kitorang yang superbongsu.. baru nak masuk setahun. Dia memang best friend dengan Kak Chik dia.

Dulu ramai yang kata, nanti bila ada adik, Farah akan marah sebab dia dah lama bongsu. Takdenya lah.. sikit pun dia tak dengki adik dia. Nadia ni lah yang paling aku rindu.. yang paling aku banyak tampal gambar kat dalam bilik. Maklumlah.. banyak aku akan miss nanti.. her first step, her first word.. entah reti entah tidak dia nak sebut Along nanti. Balik nanti, dia dah 3 tahun lebih.. tapi hidup tak berkorban tak nama hidup, ye tak?

posted by Prof_Sadin 11/24/2002 12:50:30 PM// Your Say

. . .
Pagi Ahad yang ....

Today I decided on purpose to oversleep. I make it a point to get up at 7am most mornings, disciplining myself by setting the alarm clock at that time and not performing the Subuh prayers yet - so I know I must get up. Tadi lepas sahur, tunggu subuh masuk and terus tidur balik.. terus menerus sampai jam 10 pagi. Baru je lepas mandi, ada orang ajak keluar main Laser Quest kat Morecambe. Biasanya kalau orang ajak aku enjoy ni, aku jarang tolak. Tapi kali ni kena mengalah - banyak lagi kerja tak siap.

Aku ni.. sambil menaip presentation, sambil menconteng dalam blog bertuah ni. Aku memang selalu camtu - multitasking. Bak kata member-member aku, my brain is like Microsoft Windows. Tekan ajer ALT-TAB, dia tukar ke tugas lain. Entah betul entah tidak, tapi aku mmg takleh duduk diam-diam focus one thing at a time. Cepat rimas, cepat bosan.

Lupa pulak nak cerita semalam.. oleh kerana gambar yang diambil untuk hantar kat paper baru nie tak jadi, diorang amik gambar sekali lagi semalam. Yahuuu.. sungguh gembira beta rasanya.. tapi yang slack aku pakai t-shirt ajer semalam. Terpaksa sarung jacket Mas - karang amuk pulak ustaz & wife tengok anak dia amik gambar raya pakai t-shirt ajer... hopefully gambar ni jadi..

posted by Prof_Sadin 11/24/2002 12:13:31 PM// Your Say

. . .