Saturday, November 23
Makan, makan & makan lagi

Malam ni Malaysian Soc & Kelab Umno Lancaster (yang langsung takde apa-apa kaitan politik pun) buat Majlis Berbuka Puasa. Aku sejak sampai haritu memang tak jumpa lagi dengan most Malaysians.. so hari ni la harinya. Most of the undergrad aku dah kenal dah. cuma yang postgrad aku tak berapa kenal. Sebab ramai yang family kan. Biasanya kami makan macam ni masak ramai-ramai.. bagi-bagi kawasan dan saling masak memasak. So aku masaklah jugak.

Tugasan memasak aku sangat senang hari ini.. aku bersama 2 lagi postgrad masak telur dadar. Heh heh heh.. tapi aku letak macam-macam la dalam tu.. mushroom, pepper dsb. Tapi mmg bakat aku sbg tukang masak masih belum mampu menyerlah rasanya.. tengah2 goreng tu asyiklah pecah pecah telurnya. Banyak sangat letak lauk la tu.


Mcm-mcm juadah ada malam tadi.. ada ayam tandoori, ayam masak merah, sambal, tomyam, laksa penang, pecal.. dan ada macam macam kuih yang aku nampak tapi tak mampu nak namakan sebab aku memang tak kenal kuih. Sebabnya aku tak suka makan kuih... aku ni kurang sangat makan kuih. Buka puasa pun jarang sentuh kuih. Antara menda-menda lain yang aku tak makan - ice cream (kecuali perisa raspberry ripple), chocolate (kecuali Toffee Crisp ngan Twix, bangsa-bangsa cadbury memang tak makan), sayur (kecuali salad, mushroom, celery, tomato & carrot). Buah pun aku kurang, tapi sejak jadi ahli sukan nie.. nak tak nak kena tambah zat badan..

Seronok jugak tadi dapat lepak-lepak & borak-borak dengan semua yang ada di sana. Susah nak berkumpul ramai-ramai macam tu.. kalau dapat tu memang biasa aku suka tunggu semua orang balik baru aku nak balik. Bila dah jauh di perantauan ni, rasa macam best jumpa orang Melayu.

Hmm.. and last but not least, pasal hidup aku yang blues sikit sekarang nie. Aku pun tak tahu la kenapa aku suka mengalah pada keadaan. Padahal menda tu semua kan ke dah lepas? Yang aku dok pikir lagi buat apa? Langsung lah tak macho macam nih. Ntah apa-apa ntah. Patutnya berpegang pada pepatah.. life goes on. Cukup aku tak suka diri aku sendiri dalam keadaan camnie.

posted by Prof_Sadin 11/23/2002 09:16:54 PM// Your Say

. . .
Mood yang kurang

Baru balik abis berriadah bersama anak-anak harapan bangsa di Lancaster ni. Ada ke diorang suggest buat undergrad lawan postgrad? Sah-sah aku sorang je postgrad masa tu..


Lepas main gi makan ayam Popeye.. Popeye ni sebenarnya one of the three halal eateries yang ada on campus kat Lancaster ni. Itulah istimewanya kampung aku nie.. on campus fast food ada yang halal. Jadi kalau dah terdesak nak kena makan & tak sempat nak masak, pilihan segera yang halal pun ada.

Mood aku kurang sikit malam ni. Mungkin akibat berita-berita yang aku terima akhir-akhir ini... kalau orang yang kita sayang & anggap macam adik beradik sendiri tu gembira, kenapa kita tak mampu untuk berkongsi kegembiraan tu? Dan dalam pada masa kita tak berkongsi kegembiraan tu, kena juga buat gembira - because that is what is expected of me. Are you suitably confused now? Good. Because I have been all day; and misery loves company

posted by Prof_Sadin 11/23/2002 01:16:27 AM// Your Say

. . .
Friday, November 22
Lecturer pun tido dalam kelas...

Aku pergilah jugak seminar tadi. Akulah last person yang masuk.. yang lebih lambat dari aku sorang ajer.. the presenter himself.. heheh. Entah mengapa tadi petang amat la sangat mengantuknya aku dalam sesi tu. Nak kata kekenyangan makan lunch pun tak logic..

Dan sebab aku la orang yang last sekali masuk.. kena duduk depan.. urghh! Aku nak terlelap ada sekali dua.. yang memang dah terlelap entah berapa kali dah.. tersengguk2 aku kat depan tu. Entah speaker tu sedar entah tidak.

Anyway, after that mmg ada meet the speaker session, tapi kepada yang berminat ajer. Aku tak pergi pun.. sebab bukan bidang aku paper dia tu. Ingatkan nak berbuka dengan ayam goreng popeye.. tak buka lagi time tu so berbukalah dengan chicken kebab Pizetta. Apa-apalah.. janji halal!

posted by Prof_Sadin 11/22/2002 06:24:02 PM// Your Say

. . .
Ponteng?

Really, seriously considered to skip the seminar this afternoon. The speaker is Ian Cooper from LBS, which is okay, but the paper - "Using Yield Spreads to Estimate Expected Returns on Debt and Equity".. yelch. It's finance, and I suspect, heavily mathematical finance. I don't mind corporate or managerial finance per se, because it integrates with the whole corporate governance framework I intend to study. But with mathematical finance, well, you lose me three seconds into the first equation. It's theoretical.. it's 'up there'.. too many symbols.. too much Greek..

But then there's a meet the presenter session for PhD students after the seminar. So there isn't much leeway for me to branch off anyway.. dahlah budak PhD berapa kerat ajer.. tersangatlah obvious kalau aku tak pergi. So nak tak nak.. kena gi jugak. Dahlah construct validity pun aku tak figure out lagi.. triangulation entah ke mana.. arghh! Not to mention kena gi bandar at SOME point in time sebab esok ada jamuan makan.. bestnyer bila idup dah kecoh camni. Terasa busy pula...

posted by Prof_Sadin 11/22/2002 01:55:21 PM// Your Say

. . .
Kalau dah takdir

Pagi ni aku buka email old girl's mailing list untuk sekolah aku. Baca punya baca, rupanya anak Tan Sri Ismail tu supersenior aku kat sekolah dulu. Memang tak pernah 'sebumbung' sebab dia batch 81-85 & aku batch 90-94, tapi dia exco persatuan kami.. jadi tahu jugalah dia yang mana. Cuma tak compute masa baca berita sebab ejaan namanya lain.

Alhamdulillah she survived, but her husband passed away, due to internal bleeding after being hit with a concrete beam. Dia ada anak 3 orang with one on the way.. tiba-tiba aku rasa 2 kali ganda lebih blur compare dengan hari yang mula-mula aku tahu pasal tragedy tu. Mungkin terasa connection sebab sekolah - OGA kami memang agak rapat dan akhir-akhir ini memang aktif, walaupun aku sendiri admittedly tak berapa join the activities.. maklumlah.. 5 hari kat pahang.. balik weekend tahu nak tidur ajer.

Kawan-kawan satu batch dengan dia bercerita pasal how she is handling semua ni.. terdetik gak kat kepala aku.. kalau budak batch aku susah camni, mampu ke aku nak tolong?

posted by Prof_Sadin 11/22/2002 09:44:07 AM// Your Say

. . .
Thursday, November 21
Hari Khamis yang hujan

Banyak jugak aku nak bercerita hari ni. Tak tahu nak mula kat mana.. hmm.. maybe a good starting point is about my work. I've just noticed, that on the Great Malaysia Blog List, I described my blog as 'The trials and tribulations of a completely clueless PhD student' ... where as after reading quite a bit of my blog since arriving here in Lancaster, well.. the contents describe something quite different. Unless, of course, PhD students generally do nothing but watch football games, cook, watch movies and moan about the weather.

Well, as a starting point, sebab ada juga yang bertanya apa aku buat kat Lancaster.. aku di sini sambung belajar PhD. Kenapa aku buat PhD.. serampang dua-tiga mata sebenarnya. Pertama sekali, sebab aku rasa aku memerlukan research training. Dalam bidang kerja aku nie, satu-satunya menda aku minat adalah research. Tapi aku kekurangan research training, kerana research culture kurang meriah di tempat aku bekerja. Keduanya.. sebab I needed so much to be out of Muadzam Shah. One way or another, I had to find a way out, or, as a close friend once said, see myself go nuts right before my own eyes. Ketiganya.. ada orang sudi nak sponsor. Ada sebab keempat, tapi biarlah itu menjadi rahsia buat masa sekarang.

Anyway, since aku disini menjadi tanggungan department, kenalah aku membalas jasa baik diorang. So adalah sedikit tugas mengajar yang aku kena buat. Yang bestnya.. ada jugak anak Melayu beberapa orang dalam kelas tu.. jadi rasa puas juga.. sebab alang-alang menanam jasa sebagai pendidik, bagus juga kalau yang dididik tu anak bangsa sendiri. Tak kurang juga ramainya pelajar Muslim dalam kelas tu.. pernah juga nampak sorok-sorok diorang berbuka kalau dah masuk waktu.. sama juga dengan cikgunya.. hehhe

Sekarang kerja aku dah start banyak.. best best! Nota nak kena siap, paper nak kena present, research topic nak kena cari.. so puas hatilah. Takde masa nak merewang lebih lebih.


Hari ni aku ada kelas dari jam 2-5. Haru sungguh.. berbuka dalam kelas.Tak macam semalam.. dapat makan nasi tomato & ayam masak merah kat Bardsea. Area Furness tu memang area aku lepak masa buat Masters dulu.. sayu plak semalam tengok kitchen tempat aku selalu hang out.. teringat budak2 dulu. Tapi life goes on.. budak-budak sekarang tak kurang apa-apa pun.. cuma kurang umur ajer.. ehheheh.

Lepas tu tadi balik bilik.. screw specs aku tercabut. Sekarang ni specs aku held together via staples. Kat sini mahal sungguh nak buat specs.. adanyer dekat £100++. Nak eye test pun kena bayar. Terpaksa la suruh orang di Malaysia membuat specs dan hantar ke sini. Bilalah nak telipon, aku tak sure lagi!

Sabtu ni di Lancaster ada jamuan berbuka. Aku ingat nak testing power buat cake lah.. kalau jadi. Nak buat kek, kena gi bandar. Bila nak ke bandar tak tahu lagi. Kerja menimbun!

posted by Prof_Sadin 11/21/2002 08:18:50 PM// Your Say

. . .
Tukang sign yang ke Seratus

Aku gi intai guestbook tadi.. nampaknya dah tercapai satu milestone dalam guestbook aku tu - dah lebih seratus. Dan tahniah Cik Kieli kerana menjadi tukang sign ke seratus.. aku bagi hadiah la.. Room and Board kat Flat D409, House 9, Graduate College Lancaster University untuk selama mana la Cik Kieli tahan duduk.. eheheh.. amacam?

posted by Prof_Sadin 11/21/2002 06:43:58 PM// Your Say

. . .
Boss Baru

Orang di Malaysia sibuk memperkatakan perihal rumah Tan Sri Ismail yang runtuh di Ampang tu. Antara lain kata kata Tan Sri, for one moment he was at the kitchen table, the next thing he knew, everything dah runtuh. Begitulah. Sekelip mata sahaja kalau Allah dah kata.


On another note, hari ni aku juga dapat berita pasal boss baru aku. Datuk Dr. Halim Shafie is his name, although his appointment is temporary. All this while memang dia berkhidmat dengan kerajaan. He also has an economics degree - dah lama dah takde chairman TNB yang ada business related degree. Aku dah baca bio dia tadi. Nampak macam tak ada pulak dia memegang jawatan wakil rakyat mana-mana. So most probably, Uniten takkan pindah ke ceruk2 mana lagi kot. InsyaAllah.

posted by Prof_Sadin 11/21/2002 11:56:31 AM// Your Say

. . .
Wednesday, November 20
Harry Potter

Hari ini berjaya sesi lawatan sambil belajar ke panggung wayang Morecambe, untuk menonton Harry Potter & the Chamber of Secrets. In a away, spoil sikit bagi aku sebab aku dah baca semua buku2 dia.. jadi ending cerita tu aku dah tahu. Tapi still best sebab nak tengok manifestasi benda-benda yang selama ni aku tengok dalam imagination aku ajer. For example.. dalam kepala aku Hermione Granger tu geek, gemuk dan pendek.. dalam citer lawa jugak budak tu.. patutlah Ron Weasley nak kat dia..

Hmm.. lagi satu.. saper yang dah sampai sini.. aku jemput ke guestbook untuk menonton lawak Toksik yang aku tak mampu nak counterattack.. serious.. lawak giler :)

And last but not least, untuk adik2 kat penthouse.. ini dia link yang saya maksudkan tadi.. http://www.orst.edu/groups/msa/reciter.cfm. Click on Reciter 2.0 tu yer..

posted by Prof_Sadin 11/20/2002 10:59:16 PM// Your Say

. . .
Tuesday, November 19
Dato' dah jadi menteri

Berita paling sensasi aku terima hari ini ialah chairman TNBku yang tercinta, (TNB yang aku cintai, bukan chairman tu ekk.. jgn salah paham).. dah jadi Menteri. Dato' Dr. Jamaluddin Jarjis aku tu dah jadi Menteri Kewangan Kedua Malaysia.


Banyak implikasinya perkara ni.. pertama sekali.. sudah pasti jawatan Pengerusi TNB perlu dilepaskan.. atas dasar corporate governance yang begitu didukung oleh TNB, dan juga requirements KLSE dan undang-undang. Soalnya.. kalau dilepaskan.. sapa yang bakal ganti dia? Dan apa pula implikasi ke atas Kampus Muadzam Shah yang baru nak membangun tu? Apakah TNB akan terus salurkan wang ke sana kalau Dato' dah bukan lagi chairman? Hmmm.....

Anyway, srkg ni aku tengah dengar Tiny Terry and Godfrey on Red104.9, radio yang sering aku dengar dalam perjalanan aku dari KL ke Muadzam Shah.. suatu masa dahulu..

posted by Prof_Sadin 11/19/2002 11:29:40 PM// Your Say

. . .
kopi oh kopi

Mengantuk pulak dah malam ni. Baru jam 10 malam. Padahal semalam tidur jam 12; bangun jam 7.30 - sepertimana biasa. Tak turun training pun malam nih.. tapi ngantuk gak. Nampak gaya kejap lagi kena pekena gak lah kopi kat dapur tu..

Aku ni horror jugak bab pekena coffee kalau tengah study / buat kerja. Setakat sampai sini belum capai lagi.. tapi mungkin malam ni kena capai jugak. Nak siapkan gak lecture notes ni supaya boleh diemailkan ke secretary esok. Lagipun esok malam ada jemputan menonton Harry Potter seselesainya berbuka. Sangat menarik proposition tersebut!

Bab-bab ngantuk ni masa belajar mmg dah biasa. Paham sangatlah masalah anak murid yang sering terlelap dalam kelas.. heh heh heh...

Kopi yang paling best bagi aku.. Nescafe Gold Roast. Aku dah cuba mcm2 kopi pelik2, thanks to kawan aku Ramzi yang jelas nya kopi-holic.. tapi yang Nescafe Gold Roast gak sedap. Teringat aku masa kali pertama berpuasa di Muadzam Shah.. pagi2 dikejutkan untuk bersahur di rumah sebelah.. pergilah aku ni pagi-pagi buta.. macam2 juadah ada.. tapi aku terus ke dapur dan sental kopi aku jugak.. black, half a teaspoon of sugar. Cukup!

posted by Prof_Sadin 11/19/2002 10:07:05 PM// Your Say

. . .
Iklan Petronas

Iklan Petronas memang menarik dan menyentuh perasaan, tak kira untuk Merdeka, Hari Raya atau apa-apa perayaan. So di sini aku letakkan iklan Petronas sempena Hari Raya ni, yang aku dapat dari member aku. Sangat sesuai untuk anak rantau.

Penulis tidak bertanggungjawab untuk apa-apa implikasi emosional hasil dari penyiaran iklan ini..



posted by Prof_Sadin 11/19/2002 07:53:35 AM// Your Say
. . .
Monday, November 18
Cerita Selingan

Aku amik citer nie dari laman web Al-Faiz LUMSS. Saper budak Lancaster.. ulang tayang lah nie..

A young man was getting ready to graduate college. For many months he had admired a beautiful sports car in a dealer's showroom, and knowing his father could well afford it, he told him that was all he wanted.

As Graduation Day approached, the young man waited signs that his father had purchased the car. Finally, on the morning of his graduation his father called him into his private study. His father told him how proud he was to have such a fine son, and told him how much he loved him. He handed his son a beautiful wrapped gift box.

Curious, but somewhat disappointed the young man opened the box and found a lovely, leather-bound Quran. Angrily, he raised his voice at his father and said "With all your money you give me a Quran?" and stormed out of the house, leaving the holy book.

Many years passed and the young man was very successful in business. He had a beautiful home and wonderful family, but realized his father was very old, and thought perhaps he should go to him. He had not seen him since that graduation day.

Before he could make arrangements, he received a telegram telling him his father had passed away, and willed all of his possessions to his son. He needed to come home immediately and take care things. When he arrived at his father's house, sudden sadness and regret filled his heart. He began to search his father's important papers and saw the still new Quran, just as he had left it years ago. With tears, he opened the Quran and began to turn the pages.

As he read those words, a car key dropped from an envelope taped behind the Quran. It had a tag with the dealer's name, the same dealer who had the sports car he had desired. On the tag was the date of his graduation, and the words...PAID IN FULL.

How many times do we miss ALLAH's blessings because they are not packaged as we expected?

posted by Prof_Sadin 11/18/2002 08:01:47 PM// Your Say

. . .
Sah.. memang sah!

Aku sekali lagi ingin mengesahkan bahawa beras American Long Grain memang tak sedap dan tak seenak beras Siam atau beras Basmati. Tapi nak buat macam mana, kalau dah sedar diri tu student.. maka insaflah! Tapi hari tu masa aku ke Sainsbury's, aku dah beli udang 2 paket (buy 1 get 1 free). So ada la harapan boleh berjimat dari segi seafood.. mungkin aku mampu beli beras Thai lepas nie.

Hari ni berbuka kuah kari (letak potatoes, mushrooms & tomato) dan sambal udang. Sambal tu prepackaged - Mr. Brahim's yang buat.. jadi tinggal campak udang kat dalam tu ajerlah. The good thing about the sambal is, katakanlah udangnyer dah habis, tapi sambalnya masih hidup.. maka aku suka goreng telur mata cair dan makan dengan sambal tu as sambal telur. Sambal tu 'tajam' sikit, so pandai-pandailah tumpulkan dia.. letak gula ke.. asam ke.

Mula mula aku ingat nak makan fish finger sandwich ajer buat berbuka.. tapi terpikir.. karang malam karang lapar takkan nak masak nasi jam 10 malam kot. So malam karang ajerlah makan fish finger tu!



posted by Prof_Sadin 11/18/2002 05:08:32 PM// Your Say
. . .
Sunday, November 17
Resipi karya Idlan

Di bumi Lancaster ni, dulu aku glamer sebagai orang yang paling kurang pandai, atau lebih tepat, kurang rajin, memasak. Tapi cukup rajin memakan. Ehehe.. Aku ada beberapa basic recipes yang biasanya aku akan makan dalam kebanyakkan keadaaan.

Recipe No 1: Kari (apa-apa)

Aku selalu masak yang ni sebab nak makan berkuah. Kuah kari ajer yang aku suka, jadi kuah kari lah yang aku selalu buat.

Bahan-bahan asas:
Garlic - setengah biji untuk setiap seorang yang akan makan. Aku biasa beli frozen garlic kat Sainsbury's, jadi pakai yang tu - 1 sudu kecik
Curry Paste - belilah jenis kari apa pun yang ada dalam botol kat kedai tu
Fresh Plain Yoghurt & Fresh Milk (ganti santan)
Apa-apa bahan yang hendak dikarikan.. potato ke.. tomato ke.. mushroom ke.. ikan ke.. ayam ke.. udang ke..

Mula mula tumiskan garlic. Bila dah wangi, masukkan curry paste secukup rasa - depending on kesanggupan nak rasa ke'kari'an kari anda. Pastu masukkan fresh yogurt dan kacau. Kalau rasa macam pekat ajer.. tambah susu. Nak tambah air pun boleh. Bila dah mula mendidih, masukkan bahan-bahan yang nak dikarikan tadi. Kecilkan api dan biarkan untuk 5-10 minit sebelum diangkat. Dah. Siap. Boleh makan.

2. Fish finger sandwich

Bahan-bahan wajib:
Fish fingers - yang paling murah kat sainsbury's pun takpe..
Roti - roti biasa ke.. roti naan ke.. roti pitta ke.. suka hati lah.
Mayonnaise dan cili sos

Bahan-bahan tambahan:
Cheese
Sayur
Telur

Grill 2 fish fingers tu sampai masak. Masukkan dalam roti, letak sos & mayonnaise. Kalau nak letak bahan tambahan, letakkan dulu cheese dan sayur. Telur lebih sedap jika digoreng mata dengan minyak panas, supaya garing. Pastikan fish fingers tu betul-betul kat tengah-tengah semua bahan.. baru sedap.

Itulah dia. Masakkan bujang dari saya. Hehehehe...

posted by Prof_Sadin 11/17/2002 06:52:36 PM// Your Say

. . .
Pitta bread ku keras..


Aku dah bukak pitta bread aku last week.. tak makan semua.. amik 2 keping, makan dengan kuah kari. Tertinggal kat tepi tingkap bakinya. Semalam aku nak makan fish finger sandwich.. takde roti.. so aku panaskan pitta bread aku. Nak isi fish finger.. patah dua jadinya. Sebab dah keras! Lantas hari ini aku ke Spar dan membeli sepeket lagi pitta bread, kali ini akan aku simpan dalam tupperware yang bertimbun kat dalam bilik aku nie.


posted by Prof_Sadin 11/17/2002 06:19:58 PM// Your Say

. . .
Saling ingat mengingatkan

Surfing weblog toksik tadi.. baca tafsir Surah ali-Imran yang dia post.. tersentuh jugak aku...

Ni dia yang aku 'pinjam' dari web toksik (boleh aaah Toksik.. aku pinjam pastu aku creditkan kat kau nie..)

Surah ali-Imran Ayat 196-197:

196. Janganlah terpengaruh dengan kejayaan orang orang yang ingkar.
197. Mereka hanya menikmatinya buat sementara waktu sahaja, kemudian tempat akhir mereka ialah diNeraka; betapa menderitanya destini mereka.

Atau versi Englishnya:

196. Let not the strutting about of the Unbelievers through the land deceive thee;
197. Little is it for enjoyment: Their ultimate abode is Hell; what an evil bed (to lie on)!

Kadang-kadang aku selalu terpikir.. macam mana orang bangsa lain yang jelas kufur mendapat kejayaan lebih daripada akui.. ataupun kawan-kawan aku.. tak solat, tak puasa, melakukan maksiat dengan berleluasa.. tapi masih dapat menikmati kejayaan lebih dari aku sendiri yang solat dan puasa.. Tak pun orang tengok aku.. perangai entah apa-apa; iman tak seberapa; dosa berterabur sana sini.. macam mana Allah kurniakan juga rezeki dan kejayaan pada aku? Inilah dia jawapan Allah swt.

Kita juga perlu ingat yang kita ni, walaupun dah solat, dah puasa - sempurnakah? Kita tengok orang kita kata jahat; baik sangatkah kita?

Abah aku selalu ingatkan - orang Islam ada dua kejayaan.. di dunia dan di akhirat. sebab tu kita jangan ghairah sangat tentang mengejar kejayan duniawi sehingga lupa kejayaan akhirat.

posted by Prof_Sadin 11/17/2002 06:07:06 PM// Your Say

. . .